Perbincangan pengguna:Edmundwoods/Oktober 2007

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mengenai saya[sunting sumber]

Hai Sir EdmundEzekielMahmudIsa, sebenarnya setiap kali anda bertengkar dengan saya, saya akan dapat heart attack, dahlah saya pada keadaan biasa pun jantung saya laju. Jadi, silalah considerate apabila mahu mengulas dengan saya. Serta, berkenaan SPR, saya cuma nak mengulas kepadanya, bukan menuduh, tu saja. Dan, dia telah kata kepada saya bahawa dia sudah tak guna id lama lagi dan mengatakan lagi kepada saya bahawa sockpuppet terjadi jika pengguna itu menggunakan dua akaun pada waktu yang sama, saya harap anda tak salah faham mengenai perkara ini. Oh satu lagi, kan saya sudah maafkan anda, anda faham sekarang ke atau anda tak sedar anda tak faham? Dan, saya berikan templat penagih kerana anda mempunyai lebih dari 1 juta suntingan. Walau bagaimanapun, saya masih sayangkan anda, dan saya tidak akan bercakap lagi tentang pesanan hal peribadi yang anda sampaikan, saya hanyalah nak memajukan wiki ms seperti anda. Jadi maaflah banyak2 ye jika pesanan saya ini dikhuatiri menyinggung perasaan anda serta atas segala kesalahan saya terhadap anda. Ok jumpa lagi ye, semoga anda dicucuri berkat. — Imran Al-Sahih 06:55, 6 Oktober 2007 (UTC)~[balas]

Untuk pengetahuan anda, saya sudahpun memberikan pesanan maaf kepada pengguna TheEgyptian dan Mohammed Khalil di Wikipedia Arab, kerana saya hendak anda lihat saya sebagai orang yang baik dengan semua orang, serta ini juga untuk kebaikan diri saya sendiri. Saya harap anda berpuas hati dengan tindakan baik saya ini. InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 15:27, 6 Oktober 2007 (UTC)[balas]

User:Aurora[sunting sumber]

Kenapa saya panggil Aurora sebagai "Alizah"??? Tak kan saya nak panggil kamu Alizah pulak, hehehe?

Kan nama Alizah itu telah diopphskan dan dibetulkan dengan segera? Opphs ialah padanan liquid paper bagi saya. Walaupun demikian, saya masih berasa bahawa Alizah adalah suatu nama perempuan yang indah dan yang amat sesuai untuk Aurora. Mungkin anda ada nama yang lebih sesuai, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 13:57, 6 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak2[sunting sumber]

Terima kasih kerana mempunyai pertimbangan kepada saya. Sebenarnya Templat:Pengguna Islam Sunah itu bermaksud untuk pengguna yang beragama Islam yang mengikuti Sunah Rasulullah S.A.W. Iaitu secara umum, Islam Sunah bagi orang Islam yang mengikuti Al-Quran dan Sunah Rasulullah S.A.W. Manakala pengguna Islam Syiah merupakan pengguna yang mengikut Islam berdasarkan kepada sepupu Nabi Muhammad S.A.W., Ali Bin Abi Talib R.A. Iaitu secara umum, Islam Syiah merupakan Islam yang tdak mengikut ajaran Islam sebenar, misalnya mereka sembahyang 3 kali sehari semalam, padahal yang betul kena sembahyang lima kali sehari semalam, dan mempercayai 12 Imam diturunkan dari Allah S.W.T. sebagai pemimpin umat manusia, padahal hanyalah Nabi dan Rasul sahaja yang dilantik dari Allah S.W.T. sebagai pemimpin umat manusia. Lebih umum saya nak cakapkan macam mazhab Kristian Katolik dan Protestenlah, mereka berdua tak sefahaman, kan? Untuk pengetahuan anda, saya pernah terbaca dalam satu katalog agama di rumah auntie saudara saya, agama Yahudi akan terbahagi kepada 71 mazhab, agama Kristian akan terbahagi kepada 72 mazhab, dan agama Islam akan terbahagi kepada 73 mazhab, hanya satu mazhab sahaja yang akan memasuki syurga. Itu menurut katalog agama yang saya baca, bukan saya yang menulisnya tau. Tetapi kemungkinan besar saya rasakan maklumat dalam katalog agama itu betul. — Imran Al-Sahih 07:44, 9 Oktober 2007 (UTC)[balas]

User:Aurora[sunting sumber]

Sebenarnya, Aurora perempuan ke lelaki tak penting. Yang penting hanya sumbangan. Walaupun nama Aurora adalah nama dewi Yunani atau Rom, terjemahannya yang tepat dalam bahasa Melayu ialah Aurori, dengan nama Aurora dikhaskan untuk nama dewa. Kekosongan jawatan ini masih belum diisi, maka jika anda berminat, anda kenalah memintainya menukarkan kepada nama Aurori sebelum anda boleh menggunakan nama Aurora, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:59, 9 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Penyekatan nama pengguna anda di Ensiklokamus Komputer Bahasa Melayu[sunting sumber]

Hai Edmund, dengan dukacitanya saya memberitahu anda bahawa nama pengguna anda di portal tersebut telah disekat selama-lamanya. Anda kelihatan langsung tidak matang dan tidak tahu akan budi. Untuk penjelasan lanjut, sila lihat halaman ini.Syarikat Pemunggahan Rencana 10:19, 9 Oktober 2007 (UTC)[balas]

E-komputer - Perlukah mcm ini!?[sunting sumber]

Hi Edmund, oleh sebab saya melihat anda mendaftarkan diri di sana secara rela dan saya tahu bahawa anda memang minat menjadi penyelia di sini tetapi gagal, maka saya memberikan anda hak penyelia sistem sebagai sagu hati, walaupun anda tidak memberikan portal saya sebarang sumbangan kepada portal saya. Saya juga tidak berasa bahawa anda boleh memberikan banyak sumbangan (jika ada) tentang bidang teknologi maklumat. Nampaknya, anda tidak sahaja tidak berbalas budi sehingga terima kasih pun tidak mengucapkan, tetapi sebaliknya menjadikan portal saya sebagai portal perkhidmatan rangkaian sosial.

Aviator pun orang baru di sana dan walaupun dia tidak menyumbangkan sebarang rencana di sana sehingga baru-baru ini, saya mengalu-alukan penyertaannya kerana dia banyak memberikan nasihat konstruktif kepada saya. Umurnya bukan tua sangat jika anda melihat gambarnya di Forum EKPKM. Nampak mukanya? Tak kan dia jauh lebih tua daripada anda? Tengoklah dia yang memulakan projek sendiri di forum tersebut yang telah saya sertai untuk membalas budinya.

Portal saya cuma mempunyai 8 orang pengguna (kecuali saya dan anda), dengan 6 orang langsung tidak menyumbang. Mengapakah mereka tidak disekat walaupun mereka tidak menyumbang?

Perkara bahawa orang lain di sini tak suka akan anda bukannya suatu rahsia. Tak kan anda tak perasan, dan tak kan semua orang tidak tahu. Sebenarnya, saya seringnya terkejut dengan perangai anda di sini.

Anda berkata: "Saya berdaftar lazimnya utk mengelakkan org lain dpd menyamar sbg saya di sana." Ini merupakan suatu jenaka yang hanya boleh berlaku sekali sahaja pada setiap abad, hehehe. Tak kan ada orang yang hendak menyamar nama anda? Anda bukannya Mahathir, tahu?

Anda juga berkata: "Saya tak pasti sama ada saya dpt menyumbang di sana." Bagi saya, saya memastikan untuk anda. Menyumbangkan rencana di sini sahaja! Nama pengguna "EdmundEzekielMahmudIsa" tidak akan dinyahsekat selama-lamanya. Pembacaan rencana tidak memerlukan pendaftaran. Jika anda ingin menyumbangkan rencana, gunakanlah nama samaran yang lain. — Syarikat Pemunggahan Rencana 20:24, 18 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Sekolah anda[sunting sumber]

Hai EdmundEzekielMahmudIsa,
Gembira kerana anda menyukainya. Saya lihat ada laman rasmi bagi sekolah ini, jadinya saya terus masukkan maklumat yang saya jumpai (disunting sedikit). Mungkin anda dapat tambah gambarnya nanti. Atau maklumat lanjut seperti senarai bekas pengetua di situ. Yosri 08:35, 25 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kembali. Maaf dipohon sekiranya terkasar bahasa, tersilap kata..... Yosri 08:49, 25 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Tahap kosong?[sunting sumber]

Mengapa saya guna templat bahasa Sepanyol tahap kosong? Mengapa pula anda guna templat pengguna bahasa Ibrani, Jepun, Korea dan Tamil pada tahap kosong? Ini bukan wikipedia Ibrani, Jepun, Korea dan Tamil... Saya tak rasa anda berhak mengadili saya tentang apa yang berkaitan dengan saya dan apa yang tidak kerana anda tidak mengenali siapa saya yang sebenarnya. Polar 11:37, 25 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Saya tak marah pun. Cuma saya perlu ingatkan anda bahawa ada beberapa perkara peribadi yang sesetengah orang tidak ingin canang kepada semua. Jadi, lain kali harap anda berhati-hati dalam menyatakan sesuatu kerana setiap kali seseorang melakukan sentiasa bersebab walaupun pada orang lain sebab itu kelihatan remeh, mungkin padanya, sebab tersebut memberi makna yang tersendiri. It shows how subjective and contstructive of human judging. Harap anda memahami ya? :) Polar 15:47, 25 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Jawapan SPR[sunting sumber]

Hi Edmund, terima kasih atas pesanan anda yang panjang lebar.

Saya tidak faham mengapa anda amat minat akan tapak web saya yang kecil itu, sedangkan terdapat 500 bilion laman web dalam internet, dengan sekitar satu bilion yang diindekskan oleh enjin-enjin carian yang utama. Sila rujuk kepada tapak web BluePrint. Sudahkah anda mendaftarkan diri dalam semua tapak web tersebut atau sekurang-kurangnya laman-laman web yang utama seperti Citizendium, Wikibooks, Wikiuniversity, Wikicommons, WikiHow, Wiki-apa-apa, semua bahasa Wikipedia, semua cabang Wikia, Facebook, MySpace, semua kumpulan Yahoo dan sebagainya? Jika belum, cepat-cepat mendaftarkan diri sebelum orang lain menyamar anda di sana kerana sana lebih mustahak daripada tapak web saya yang baru. Peruntukkanlah sepanjang hayat anda untuk berbuat demikian kerana bukannya senang. Jika anda dapat mendaftarkan diri dalam 1,000 buah tapak web sehari, 1 bilion tapak web masih akan menelan masa 274 tahun untuk menyiapkan tugas itu. Ini juga mengandaikan bahawa bilangan tapak web dibeku dan tidak bertambah, hehehe.

Saya merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan moral anda. Saya bukan budak lagi dan saya memang dapat mengesan sokongan moral anda yang begitu kuat apabila anda berkata: "Eh anda lantik saya sebagai penyelia? Kenapa? Anda tau saya org yg sama di Wikipedia?" Maafkan saya kerana tidak menghargai sokongan anda itu!

Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang kerja penyeliaan untuk pengguna saya kerana tapak web saya tidak mempunyai sebarang pelaku musnah, termasuk juga penyumbang, hehehehe, kecuali Aviator dan lagi seorang kawan saya. Saya cuma memberi anda kemudahan sysop supaya anda boleh menghapuskan rencana jika anda membuat sebarang kesilapan. Akan tetapi adalah jelas bahawa anda mendaftarkan diri bukannya untuk menyumbangkan rencana, tetapi untuk mengelakkan orang lain daripada menyamar anda. Maka dengan itu, saya menjamin anda bahawa tiada orang yang boleh berbuat demikian kerana nama anda masih di dalam pangkalan data saya dan sebarang pendaftaran atas nama itu akan ditolak secara automatik oleh perisian. Puas?

Tahniah kerana dilantik sebagai penyelia oleh Wikipedia bahasa Melayu! Saya ketinggalan masa kerana sejak dari 6 Jun 2007, saya telah sibuk dengan pembinaan tapak web saya, maka saya tidak tahu bahawa anda telah dilantik. Saya cuma tahu sebelum itu, anda telah ditolak. Maaf kerana kesilapan saya.

Baru-baru hari itu, saya ke rumah kawan saya dan terus masuk ke bilik dapur lalu membuka peti sejuknya kerana berasa amat haus. Wahhh, besnya saya ternampak wain Perancis!!! Lalu saya terus membukanya dan menghabiskan satu botol! Apabila kawan saya keluar dari bilik air selepas bermandi, dia terus menghalau saya dari rumahnya. Saya pun berkata:"Ehhh, kenapa engkau langsung tak tunjukkan apa-apa peraturan, polisi, atau garis panduan kpd aku di sini? Engkau sepatutnya menolong aku yg baru ke sini. Ini kan kali pertama aku datang ke rumahkau!"

Saya bersetuju dengan anda bahawa perkara di sana tetap perkara di sana dan perkara di sini tetap perkara di sini. Namun saya sebenarnya nak bertanya anda. Mengapa anda berkata: "Kenapa? Anda tau saya org yg sama di Wikipedia?" Kan perkara di sana tetap perkara di sana dan perkara di sini tetap perkara di sini?

Saya tidak perlu nasihat anda atau penyelia. Saya akan memberikan semua pengguna saya hak sysop untuk memudahkan penghapusan kesilapan. Tapak web saya tidak serupa dengan Wikipedia. Saya boleh menarik balik hak sysop pada bila-bila masa, bukan seperti di sini dengan bikrokrat hanya berhak memberikan hak sysop tetapi tidak berhak menarik baliknya. Selain itu, saya juga boleh mengembalikan sebarang kerosakan yang dibuat oleh pengguna. Yang paling lebih, saya akan meminta web host saya mengembalikan versi hari yang lalu jika terdapat robot yang merosakkan tapak web saya.

Anda berkata: "Saya pernah terfikir utk bekerjasama dgn anda utk "memunggah rencana". Sebenarnya anda tidak perlu bekerjasama dengan saya untuk memunggah rencana. Anda boleh memunggah sendiri, seperti dengan saya. Siapakah yang pernah menolong projek-projek saya di sini? Apabila saya menyentuh sesuatu projek, umpamanya rencana tarikh, siapakah yang pernah menolong? Seperti yang saya berkata di halaman Forum komuniti di portal saya, Wikipedia bahasa Melayu bak tandas awam. Anda masuk, buat urusan anda, dan kemudian anda keluar, hehehe. Tiada orang yang akan mempedulikan anda, kecuali anda tidak berak dalam mangkuk, hehehe. (Maaf kerana menggunakan contoh tandas awam. Saya tidak boleh fikir contoh lain yang lebih tepat. Untuk mengelakkan sebarang salah faham, saya tidak mengatakan bahawa portal ini adalah tandas. Saya cuma mengatakan ia seolah-olah itu dari segi tersebut, iaitu bukan dari segi lain.)

Aviator telah meninggalkan portal saya kerana tidak bersetuju dengan haluan portal saya. Jika itu boleh membantu, mungkin anda hendak merujuk dan berbincang dengannya tentang portal saya. Lepas itu, walau jika saya memberikan anda hak bikrokrat, mungkin anda pun tak mahu! Saya tidak kisah kalau orang mengatakan portal saya itu ialah najis, hehehe. Sekian. — Syarikat Pemunggahan Rencana 05:49, 28 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Lebih baik anda berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan[sunting sumber]

Hai Sir Edmund, saya rasa lebih baik anda berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan, kerana saya sudah banyak bersabar dengan anda. Tambahan pula, pesanan yang anda berikan semalam sedikit sebanyak menaikkan darah saya, kan saya dah cakap, setiap kali anda berbalah dengan saya, saya akan dapat heart attack. Saya cuma nak berikan pendapat saya, itu sahaja. Ingat bahawa saya kini sedang mengalami banyak sakit badan dan anda pula tidak patut menambahkan kesakitan saya, saya harap semoga anda jangan berkasar bahasa dengan sesiapapun, termasuk saya, adakah anda faham? Jelas sekali menunjukkan sikap anda melalui cara tona pesanan baru-baru ini terhadap saya sebenarnya melampau, termasuk kepada pengguna lain. Jadi silalah be considerate apabila bercakap dengan orang lain ye, saya harap anda benar-benar sedar akan tindakan anda. — Imran Al-Sahih 11:10, 29 Oktober 2007 (UTC)[balas]