Perbincangan pengguna:Eiskrahablo

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perihal: sudut pandang entri "Nusantara"[sunting sumber]

Salam! Saya ingin ujarkan masalah yang ada pada pembalikan suntingan di entri "Nusantara" dilakukan saudara yang mana suntingan saudara menegaskan: "...istilah "Nusantara" secara spesifik merujuk kepada Indonesia...", sedangkan memang pandangan itu inherently dari perspektif Indonesia semata-mata, sila lihat artikel surat khabar Berita Harian dari Malaysia yang antaranya memetik kata-kata seorang profesor Universitas Muhammadiyah di Malang:

kebanyakan penduduk Asia Tenggara merujuk Nusantara kepada wilayah Kepulauan Melayu atau negara di Asia Tenggara, penduduk Indonesia sebaliknya berpendapat Nusantara adalah Indonesia semata-mata...“Perspektif Nusantara itu adalah Indonesia merisaukan saya. Sedangkan di negara luar, misalnya di Australia ada satu perbahasan apakah maksudnya Asia Tenggara selain konsep Nusantara itu juga dikaitkan dengan Melayu,” katanya.

Malah, pengamatan pengkaji bukan asal Asia Tenggara ada mendapati bukti menyokong pengunaan sedemikian dari 2016. Memang orang Malaysia dan Singapura yang disasarkan WBM selain Indonesia juga umum menggunakan Nusantara sepadan kepada Malay World, tercermin antaranya dalam penulisan antropologi alam Melayu luar Indonesia sendiri yang masih menggunakan "Nusantara" bertujuan sama sampai sekarang; saya sertakan satu contoh dari Malaysia.

Kalau hal itu dikira tiada persetujuan secara umumnya pun, tidak semestinya bererti kita perlu menidakkan habis sehingga memadamkan sampai lenyap, kerana sudah lari dari tujuan Wikipedia sekadar dokumentasikan apa jua sudut pandang sesebuah topik semata-semata. Kalau kita mahu tunjukkan pendapat "Nusantara = alam Melayu" itu tidak benar, saya berpendapat memadai sahaja saudara sertakan pernyataan menyanggah memetik jurnal akademik mengenai perkara sedemikian bergandingan dalam perenggan/paragraf yang sama, barulah ia cara "baiki" yang lebih afdal. -Anumengelamun (bincang) 11:15, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya sudah menyertai rujukan-rujukan yang boleh dibaca dengan teramat jelas, sila baca semua sumber rujukan, anda hanya memakai sumber-sumber yang bersifat self-centered kepada Malaysia. Dekat Malaysia, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, yang disebut Nusantara iaitu "kepulauan Melayu" dan itu sudah jelas. Selalu ingat Wikipedia Melayu bukan bermakna ialah exclusive kepada pandangan Malaysia sahaja. Sesebuah kontribusi di Wikipedia mesti menggunakan Netral Point of View disokong oleh sumber-sumber rujukan yang tidak hanya berkait dengan Malaysia. Sila buat kontribusi yang konstruktif. Eiskrahablo (bincang) 11:37, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Saya hanya menunjukkan bahawa memang ada penerbitan luar Indonesia yang menggunakan kata "Nusantara" dalam konteks penulisan merujuk kepada "Kepulauan Melayu", ditulis orang luar Indonesia seperti Malaysia, itu sahaja. Kamu bilang "sumber yang bersifat self-centered kepada Malaysia" hanya kerana saya memetik jurnal yang memang diterbitkan di Malaysia?
Benar, Wikipedia Melayu bukan bermakna ialah exclusive kepada pandangan Malaysia sahaja, semestinya. Tetapi NPOV itu tidak bermaksud perspektif Malaysia dipadam habis dan digantikan dengan perspektif Indonesia (seperti yang dinampak pada perubahan terkini dilakukan saudara). "NPOV" di sini lebih bermaksudnya isi entri ini mengandungi keterangan dari semua keempat-empat sumber Indonesia dan Malaysia dan Singapura dan Brunei diraikan dan ditampilkan sekaligus. Anumengelamun (bincang) 12:36, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Wikipedia bahasa Melayu tidak exclusive kepada empat-empat negara Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Brunei. Wikipedia mestinya bersifat ensiclopedic dengan pandangan yang dapat diterima global, sumber-sumber rujukan baharu telah saya tambah, sila baca dan memperhatikan sebelum memberi opini yang tidak kena-mengena. Eiskrahablo (bincang) 12:42, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Saya tidak tahu apa yang bermasalah dari sumber Malaysia yang memetik pengajar dari Universitas Muhammadiyah itu. Saya fahamkan dari balasan di atas seperti saudara hanya menolak ia hanya kerana ia datang dari koran yang terbit di Malaysia dari balasan di atas. Jika bukan itu maksud saudara, saudara tolonglah jelaskan apa yang sebaliknya buat saya lebih faham. Jangan hanya semata menuduh saya "vandal" (penyelidikan saya mendapat kepercayaan tinggi beberapa veteran WBM), rasa seperti pukul rata namanya. - Anumengelamun (bincang) 12:53, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya tidak mempunyai masaalah berkaitan hal tersebut, tetapi kena kembali kepada hakikat Wikipedia ialah semestinya bersifat encyclopedic dengan sumber rujukan yang diterima global. Anda terlihat gigih melakukan pengubahan-pengubahan yang tidak dibenarkan di Wikipedia dan berkesan self-centered, juga tidak memiliki asas neutrality. Sila hentikan aksi vandalisme saudara sebab itu tidak mencirikan seorang kontributor yang konstruktif. Memadamkan sumber-sumber rujukan dan warning di halaman perbincangan juga memperlihatkan niat buruk saudara. Eiskrahablo (bincang) 13:07, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya menambahkan perspektif Malaysia kepada perspektif Indonesia di entri itu tanpa memadamkan petikan bersumber Indonesia itu sekalipun. Global itu kan bermaksud seluruh dunia, "berbilang negara"? Maka, Indonesia dan Malaysia dan Singapura dan Brunei itu bukankah ia dikira "global" yang saudara sebutkan?
Apa maksud saudara saya melakukan "pengubahan-pengubahan yang tidak dibenarkan"? Saya sudah lama menyunting sejak 2017, sedangkan saudara baru bergabung April tahun ini; jika diikutkan, saya lebih berpengalaman dan berpengetahuan mengenai kerja menyunting ini dari saudara, sungguh aneh pernyataan itu. Tolong beri penjelasan agar saya bisa lebih memahami saudara? - Anumengelamun (bincang) 13:18, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Berasaskan pada en:Wikipedia:About, sesiapa saja boleh melakukan kontribusi di Wikipedia tidak mengira berapa lama ia berada dekat Wikipedia. Seluruh kontribusi saya telah sesuai dengan en:Wikipedia:Policies and guidelines dan tidak menyebabkan kerosakan. Saudara tidak mempunyai hak untuk melakukan pengubahan di Wikipedia mengikut opini pribadi yang sangat tidak bersifat encyclopedic dan tidak bersifat konstruktif. Harap berhenti melakukan vandalisme dan banyak membaca lebih jauh mengenai Wikipedia dan perluas wawasan yang bersifat global. Eiskrahablo (bincang) 13:39, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Habis, "Istilah "Nusantara" secara spesifik merujuk kepada Indonesia (kepulauan Indonesia)" itu "global" atau "melewati Indonesia" kah, sedangkan ada jurnal dan surat khabar luar Indonesia (Malaysia, Singapura dan Brunei) yang memang menggunakan Nusantara bermaksud "alam Melayu" yang saya sudah tunjukkan kepada saudara? Apakah saudara mahu menidakkan ini juga? "Opini peribadi" yang saudara tuduhkan itu bukannya dari saya tetapi datangnya dari isi sumber-sumber ini direferensikan itu. Salah penulis majalah dan surat khabar itu, bukan saya. Saya hanya memetiknya, selari kriteria WBM.
(P.S: setahu saya, saudara bukan penyelia sepertimana pada profil saudara (selalunya ada kategori Penyelia di kaki situs), bagaimana saudara bisa ada wewenang mahu menyuruh saya berhenti, sedangkan kita berdua sama tingkat pengguna? ) - Anumengelamun (bincang) 14:09, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Harap hentikan perbuatan merosak artikel yang saudara lakukan berulang kali. Saya melakukan kontribusi konstruktif berasaskan rujukan-rujukan yang telah diiktiraf secara global, dan itu bersesuaian dengan en:Wikipedia:Neutral point of view dan en:Wikipedia:Policies and guidelines. Harap memperluas wawasan dan memperbanyak membaca,

  • Buku "Empire of the Winds: the Global Role of Asia's Great Archipelago" oleh Philip Bowring:

'Nusantara' was defined as the region of islands and coasts over which under the Majapahit rule, ... Nusantara in Malay today has narrower meaning: 'archipelago', specifically the Indonesian archipelago.[1]

Buku ini memperoleh penyanjungan Winner of the Penang Book Prize 2019 di Penang, Malaysia.

  • Buku "'Indonesia', 'Insulinde' and 'Nusantara': Dotting the I's and Crossing the T" oleh J. Avé:

'Nusantara' has been understood and used to refer to the whole, that is, the mosaic of "nusas" which constitutes an archipelago, specifically the Indonesian archipelago.[2]

Buku ini ialah salah satu sumber rujukan popular di Eropah berkaitan dengan Nusantara, para ahli telah mengiktiraf hasil pengkajian tersebut sebagai suatu rujukan yang benar dan sah. Eiskrahablo (bincang) 14:46, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

"Sumber rujukan popular di Eropah" itu memanglah dari "luar Indonesia". Tetapi, sumber dari negeri tetangga seperti akhbar-akhbar dan jurnal Malaysia, Singapura dan Brunei yang saya bagikan juga sumber "luar Indonesia". Sumber negeri tetangga itu yang saya sedang pertanyakan kepada saudara perihal kepercayaan saudara terhadap sumber-sumber itu, bukan sumber dari Eropah. - Anumengelamun (bincang) 15:28, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
Sumber-sumber global tidak exclusive kepada negara-negara di kawasan ASEAN, saya telah menambahkan sumber rujukan daripada Singapura, dan ia juga memiliki makna yang sama iaitu, Nusantara secara spesifik merujuk kepada kepulauan Indonesia. Sila tengok rujukan laman kerajaan Singapura untuk buku bertajuk "Putra Nusantara: Son of the Indonesian Archipelago".[3] Eiskrahablo (bincang) 16:26, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]
JIka begitu, mengapa memadamkan artikel petikan dari surat khabar Malaysia yang saya sertakan? Artikel Berita Harian itu sendirinya rujukan signifikan. Tidakkah memadam rujukan akhbar itu sendirinya mengeksklusifkan *by nature*? - Anumengelamun (bincang) 17:37, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Pembuangan kandungan[sunting sumber]

Salam saudara. Sila berhenti dari membuang kandungan yang disertakan dengan rujukan dari rencana Wikipedia. Mohon kemukan pendapat anda di laman perbincangan rencana sebelum melakukan apa-apa tindakan. Tindakan membuang kandungan sebegini adalah suatu laku musnah. Saya pinta saudara kembalikan semula kandungan terdahulu dan masukkan usul pandangan anda di laman rencana. Jika saudara berterusan membuang kandungan, saya terpaksa mendorong tindakan anda ini ke penyelia untuk tindakan lanjut. Sekian.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:55, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Salam, sepertinya saudara telah tersilap, justeru saya yang menambahkan rujukan tersebut. Sila tengok history edit halaman. Saya juga mohon bantuan untuk melindungi halaman dari perbuatan vandalisme. Terima kasih. Eiskrahablo (bincang) 16:15, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Ogos 2021[sunting sumber]

Sila berhenti daripada melakukan sebarang suntingan tidak bermakna pada Wikipedia, seperti yang anda lakukan pada Nusantara. Suntingan anda lebih kelihatan seperti vandalisme dan telah dibalikkan atau dibuang. Jika anda ingin melakukan uji kaji, sila gunakan kotak pasir. Terima kasih.


Please refrain from making unconstructive edits to Wikipedia, as you did at Nusantara. Your edits appear to constitute vandalism and have been reverted or removed. If you would like to experiment, please use the sandbox. Thank you.

- CyberTroopers  bincang/sumbangan 16:27, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Boleh saya tahu apa alasan saudara memberi saya warning? manakala saya adalah orang yang melakukan kontribusi konstruktif yang sesuai berasaskan rujukan-rujukan yang telah saya baca. Sila saudara baca semua rujukan. Saudara telah tersilap memberi warning kepada saya. Tengok halaman sejarah edit. Eiskrahablo (bincang) 16:42, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saudara Eiskra, we can talk this out together. Kenapa libatkan Zulfadli51 yang langsung tiada kena mengena mengetahui hal ini (saya dapat tahu dari notifikasi)? Entah-entah saudara dikhuatiri sudah boleh jadi memfitnah saya kerana Zulfadli51 ambil tahu dari saudara sahaja tanpa mengetahui cerita dari mula. Cybertroopers kebetulan sahaja tersempak kita bertelagah. Saudara boleh sahaja bertanyakan kepada Cybertroopers memandangkan dia lebih berkelayakan budibicaranya sebagai penyelia, let's keep it between us three. - Anumengelamun (bincang) 17:31, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya tiada niat mahu vandalkan, sumpah. Kenapa libatkan orang lain yang tiada kena mengena?

Kita berbicara di Discord, lebih senang elakkan salah faham. Saya menjemput saudara ke sana. :) - Anumengelamun (bincang) 17:47, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya mengirimkan seksyen perbincangan di Pengguna:Zulfadli51 sebab dia adalah satu penyelia di Wikipedia, saudara tidak punya hak untuk memadamkan perbincangan saya dengan penyelia, terutama itu adalah report saya sebagai satu kontributor dalam Wikipedia yang peduli terhadap artikel Nusantara yang saudara lakukan pengubahan-pengubahan yang merosak dan tidak bersesuai dengan en:Wikipedia:Policies and guidelines. Saya hairan bagaimana saudara bisa melakukan itu semua tanpa perolehi warning dan block yang sepatutnya diperoleh. Wikipedia bukan tempat saudara untuk melakukan vandalisme. Eiskrahablo (bincang) 17:51, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

@Eiskrahablo:, saya hanya menambahkan perspektif Malaysia yang disasarkan WBM mengenai Nusantara di mana orang Malaysia seperti saya memang gunakan istilah itu sebagai sinonim kepada alam Melayu. Memang kami di Malaysia tidak fikir Nusantara itu "secara spesifik merujuk kepada Indonesia". Saya mendapati saudara yang memulakan pembalikan suntingan ini dahulu, saya tidak tahu entri tersebut ada dikerjakan sebelum ini. Maka, saya sangka mungkin saudara tidak tahu, maka saya lanjutkan di perbincangan ini. Saya sudah terangkan habis-habis baik sedalam-dalam di sini, di ringkasan suntingan. Kamu boleh ujarkan dengan penuh santun membalas balik di laman pengguna saya, "maafkan saya, saudara, saya berpendapat saudara sekian sekian sekian....", baru saya boleh memahami. Tapi tidak, saudara terus melointarkan tuduhan vandal. Itu yang buat saya terkejut itu, saya tidak sampai hati mahu menyerang seteruk itu kepada saudara. - Anumengelamun (bincang) 18:01, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya memadamkan seksyen yang saya buat sendiri, sebab saya peroleh sumber rujukan yang lebih jelas menerangkan, saya dah beri penjelasan pada seksyen perbincangan diatas bahawa saya nak beri en:Wikipedia:Neutral point of view, tetapi saudara berkeras hati mahukan artikel dari sisi perspektif Malaysia sahaja tanpa menengok sumber rujukan yang diiktiraf secara global. Saudara tidak memberikan penjelasan apa-apa yang menerangkan hal-ihwal tersebut. Justeru saudara bergigih memadamkan seluruh rujukan yang saya input, padahal saya sudah baca dulu sebelum input agar tidak terkelirukan kerana saya tipikal kontributor yang serious membangun Wikipedia bukan berbuat vandal macam saudara. Saya bukan menuduh, tapi itu adalah sebuah fakta bahwa saudara melakukan vandalisme, bahkan saya sebelumnya memberikan warning tetapi saudara padamkan untuk menyahkaburkan bukti bahawa saya telah ingatkan. Wikipedia adalah tempat untuk saling berkontribusi untuk membina informasi yang bersifat "encyclopedic". Saya terkejut terima warning daripada akaun pengguna CyberTroops manakala saya adalah yang justeru membantu membina artikel dengan asas yang boleh diperiksa kebenarannya. Eiskrahablo (bincang) 18:12, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Apa-apa petikan berdasarkan rujukan yang boleh dipercayai adalah wajar dimasukkan dalam kandungan Wikipedia. Anumengelamun hanya memasukkan entri berkenaan sumber dari Malaysia berkenaan pengistilahan Nusantara oleh sumber Malaysia. Saudara telah berulang kali membuang kandungan tersebut tanpa memulakan apa-apa perbincangan di laman perbincangan rencana yang saya kira itu adalah satu perbuatan laku musnah. Sekiranya saudara betul-betul mahu mengekalkan sudut pandang neutral, maka petikan dari sumber-sumber negara lain juga wajar diterima selain Indonesia. - CyberTroopers bincang/sumbangan 18:45, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya bahkan justeru tidak melakukan input sumber-sumber rujukan Indonesia, sila boleh mulakan tengok dulu sebelum memberi saran, saya justeru menggunakan sumber-sumber yang bertaraf international tidak mengira bangsa dan dari negara mana, sebab saya bukan tipikal macam tu. Mohon lakukan peperiksaan menyeluruh sebelum menuduh saya membabi buta, saya hairan mengapa justeru saya yang dikesan merosak, cuba lah tengok dulu, dan please be fair and don't pick the wrong side kalau sekira saudara adalah penyelia bijaksana di Wikipedia. Eiskrahablo (bincang) 19:26, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Saya baru sahaja melakukan review pada artikel Nusantara tapi mengapa ia justeru dikesan spesifik hanya oleh kamus besar bahasa Indonesia? padahal dalam rujukan saya sebelumnya sudah menggunakan keterangan yang jelas bahawa itu bukan merupakan sumber daripada Indonesia, apa maksud dan niat di sebalik ini semua? saya rasa macam pelik dengan habit saudara semua, apa hal yang korang nak inginkan sebenarnya? kalau saudara adalah penyelia, maka sepatutnya saudara membina isi artikel yang sesuai dengan tidak memandang pada apa-apa personal issue yang saudara punyai. Macam mana editor nak beri kontribusi konstruktif kalau tabiat macam ni dikekalkan, bahkan saya masih belum tengok lagi dorang kene warning ker atau apa-apa lah kat halaman perbincangan. Fair ke cam ni? Anumengelamun memadamkan banyak perkara yang tak semestinya dia padamkan kot. Eiskrahablo (bincang) 19:41, 30 Ogos 2021 (UTC)[balas]

Jemputan 100hariwiki[sunting sumber]

Jemputan #100hariwiki

Hai NAMA PESERTA! Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti cabaran #100hariwiki.

Cipta rencana baru setiap hari selama 100 hari berturut-turut dari 15 Januari 2023 hingga 25 April 2023 dan menangi biasiswa perjalanan penuh ke persidangan antarabangsa Wikimania 2023 di Singapura!

Wikipediawan yang berjaya melengkapkan cabaran akan mendapat beg cenderamata daripada Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia!

Daftar sekarang! Hantar rencana Maklumat lanjut

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, NAMA ANDA
  1. ^ Bowring, Philip (2018). Empire of the Winds: the Global Role of Asia's Great Archipelago (dalam bahasa Inggeris). Bloomsbury. m/s. 3.
  2. ^ Avé, J. (1989). "'Indonesia', 'Insulinde' and 'Nusantara': Dotting the I's and Crossing the T". Bijdragen Tot De Taal-, Land- En Volkenkunde (dalam bahasa Inggeris). Leiden, the Netherlands. 145 (2/3): 230.
  3. ^ Rais, Mohamed Amien; Ng, Taryn; Irwan, Omar; Najib, Muhammad (2004). Putra Nusantara: Son of the Indonesian Archipelago [Putera Nusantara: Anak Lelaki Kepulauan Indonesia] (dalam bahasa Inggeris). Singapore: Stamford Press. ISBN 9810499078.