Perbincangan pengguna:Masturayahaya1990

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya
Lokasi
 Malaysia Jalan Permas 3/10, Taman Permas Jaya, 81750, Masai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah073879754
Kod sekolahJEA1052
Faks073881046


Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya atau nama ringkasnya SMK Permas Jaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Permas 3/10, Taman Permas Jaya yang dibina di atas tanah seluas 2 hektar.


SMK Permas Jaya memulakan perkhidmatannya sebagai sebuah institusi pendidikan sekolah menengah kepada warga masyarakat Permas Jaya pada 1 Disember 1994. Walaupun keadaan fizikal sekolah pada masa itu belum sempurna namun pada hari pertama persekolahan suasana meriah dapat dirasai di bawah pimpinan Tn. Haji Zakaria Bin Abd Shukor selaku pengetua perintis.

SMK Permas Jaya asalnya terdiri daripada 7 buah blok iaitu 3 blok kelas (blok A, B dan C) 1 blok makmal ( blok D), 2 blok kemahiran hidup ( blok E) dan sebuah kantin. Pada tahun 1999 oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung populasi pelajar, sebuah bangunan tambahan yang menampung tiga bilik pelajar (blok F) telah dibina.Pada tahun 2003 dan 200, beberapa perubahan telah dibuat. Di blok A terletaknya pejabat pentadbiran, bimbingan kaunseling, koperasi, SPBT, Bilik Sukan, Bilik Geografi dan Bilik KKQ. Sementara di blok B, Selain bilik guru dan dewan terdapat bilik ABM, bilik Akses, Bilik Disiplin/Pengawas, Bilik Hiasan Dalaman dan Bilik Kebal. Pada tahun 2006 sebuah surau dua tingkat telah siap dibina yang merupakan ikon kepad asekolah ini. Disamping itu, Jabatan Pembangunan Negeri Johor telah memberi peruntukan mengecat semula seluruh bangunan sekolah. Dari segi lanskap,

SMK Permas Jaya semakin indah dengan taman-taman dan kolam yang cantik. Dalam bidang kurikulum juga telah menunjukkan peningkatan prestasi yang semakin baik. Sekolah ini menawarkan perkhidmatan pembelajaran dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6. Dalam tahun 2000 sekolah ini diberi kepercayaan menubuhkan kelas aliran agama dan tahun 2003 wujud tingkatan 6dengan dua aliran sains dan sastera. sekolah ini juga amat berbangga diberi kepercayaan membuka 2 kelas Rancangan Khas bagi Zon Permas Jaya dan Johor Jaya pada tahun 2007. Pada tahun 2010 sebuah kelas kawalan telah ditubuhkan.

Lagu SMK Permas Jaya[sunting sumber]

Sekolah Menengah Permas Jaya
Sekolah indah berwawasan
Memenuhi hasrat negara tercinta
Melahir insan berketrampilan
Berilmu, Berbakti
Nilai murni disemi
Berusaha, Berjaya
Menjadi harapan negara
Ikrar dan janji kami semua
Tekun belajar gigih berusaha
Agar menjadi warga berguna
Disanjung masyarakat dunia
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1)
Jalan Permas 3/10, Taman Permas Jaya
81750, Masai
Johor, Malaysia
Telefon = 073879754
Fax = 073881046

Pautan luar[sunting sumber]