Perejangan kapal angkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Enjin Utama sebuah Bolak-Balik Angkasa semasa ujian di John C. Stennis Space Center di Hancock County, Mississippi

Perejangan atau pendorongan kapal angkasa ialah sebarang cara yang digunakan untuk mengubah halaju kapal angkasa lepas dan satelit buatan. Terdapat banyak cara yang berbeza. Setiap cara mempunyai keburukan dan kelebihan tersendiri, dan perejangan kapal angkasa merupakan satu bidang penyelidikan yang aktif. Walau bagaimanapun, banyak angkasa lepas sekarang yang didorong dengan mengeluarkan gas dari belakang kenderaan dalam laju cepat melalui muncung de Laval supersonik. Enjin jenis ini dipanggil enjin roket.

Semua angkasa lepas sekarang menggunakan roket kimia (dwipendorong atau bahan api pepejal) untuk pelancaran, tetapi sesetengah kapal angkasa (seperti roket Pegasus dan SpaceShipOne) telah menggunakan enjin enjin pernafasan udara dalam tahap pertama. Kebanyakan satelit mempunyai tujahan kimia mudah (roket pendorong tunggal) atau roket resistojet untuk pengurusan stesen orbit manakala yang lain menggunakan roda momentum untuk kawalan altitud. Satelit Soviet telah menggunakan pendorongan elektrik selama berdekad-dekad, dan kapal angkasa Barat yang baru turut menggunakannya untuk pengurusan stesen utara-selatan. Kenderaan antara planet biasanya menggunakan roket kimia, walaupun ada beberapa yang cuba menggunakan penujah ion (sejenis pendorongan elektrik) dan berjaya.

Keperluan untuk sistem perejangan[sunting | sunting sumber]

Satelit buatan mesti dilancarkan ke orbit, dan apabila sampai ke situ, ia mesti diletakkan di dalam orbitnya. setelah berada dalam orbit yang dikehendaki, mereka memerlukan bentuk kawalan altitud supaya dapat diarahkan selaras dengan Bumi, Matahari dan/atau objek astronomi yang dikehendaki[1]. Satelit juga tertakluk kepada tarikan dari atmosfera nipis, dan untuk dapat kekal dalam orbit untuk tempoh masa yang panjang suatu bentuk perejangan diperlukan untuk membetulkannya secara kecil-kecilan[2]. Satelit-satelit perlu berpindah dari satu orbit ke satu sama lain dari semasa, dan ini juga memerlukan perejangan[3]. Apabila satelit kehabisan keupayaan untuk mengubah orbitnya, jangka kegunaanya dianggap tamat.

Kapal angkasa yang direka untuk mengembara lebih jauh mungkin memerlukan kaedah pendorongan yang berbeza. Sama seperti satelit, kapal ini turut perlu dilancarkan dari Bumi. Namun selepas tiba di orbit, ia perlu meninggalkan orbit dan bergerak menuju sasaran.

Untuk perjalanan antara planet, kapal angkasa mesti menggunakan enjinnya untuk meninggalkan orbit Bumi. Selepas itu, ia perlu mencari cara untuk sampai ke destinasinya. Kapal angkasa antara planet kini melakukan sedemikian dengan satu siri pelarasan trajektori jangka pendek.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hess, M.; Martin, K. K.; Rachul, L. J. (7 Februari 2002). "Thrusters Precisely Guide EO-1 Satellite in Space First". NASA. Diperoleh pada 2007-07-30. 
  2. Phillips, Tony (30 Mei 2000). "Solar S'Mores". NASA. Diperoleh pada 2007-07-30. 
  3. Olsen, Carrie (21 September 1995). "Hohmann Transfer & Plane Changes". NASA. Diperoleh pada 2007-07-30. 
  4. Staff (24 April 2007). "Interplanetary Cruise". 2001 Mars Odyssey. NASA. Diperoleh pada 2007-07-30. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  1. Bolonkin A.A., Non-Rocket Space Launch and Flight, Elsevier, 2006, 488 pgs.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]