Perintah Am No. 11 (1862)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perintah Am No. 11 ialah judul sebuah perintah yang dikeluarkan oleh Mejar Jeneral Ulysses S. Grant pada 17 Disember 1862, sewaktu Perang Saudara Amerika. Perintah ini memerintahkan pengusiran semua orang Yahudi dari daerah tentera Grant yang terdiri daripada wilayah-wilayah Tennessee, Mississippi, dan Kentucky. Perintah ini dikeluarkan sebagai sebahagian daripada kempen Kesatuan menentang pasar gelap berkaitan dengan perniagaan kapas Selatan yang difikirkan Grant "dikendalikan kebanyakannnya oleh orang Yahudi dan peniaga-peniaga yang tidak berprinsip".[1] Mahupun Amerika Syarikat membenarkan perniagaan kapas, negara itu melesenkan para peniaga kapas melalui Tentera Darat AS dan ini menimbulkan pasaran bagi mereka yang tidak berlesen. Pemerintah-pemerintah tentera Kesatuan bertanggung jawab terhadap pentadbiran lesen perniagaan dan kawalan pasar gelap kapas Selatan, dan juga untuk mengendalikan usaha perang terhadap tentera tentera Gabungan. Grant mengeluarkan Perintah ini dalam usahanya untuk mengawal rasuah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Ciptakan templat Tunas-Amerika Syarikat
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.