Perisian Keselamatan AVG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anti-virus AVG
AVG Logo
AVGFree-ControlCenter.png
Pusat Kawalan untuk AVG Bebas 7.5
Pembangun Grisoft, s.r.o.
Keluaran stabil 7.5.476 / 21 Jun, 2007
Sistem pengendalian Microsoft Windows, GNU/Linux, FreeBSD
Jenis Anti-virus
Lesen Proprietari (percuma dan dagangan)
Tapak web Laman web sejagat AVG

Anti-Virus AVG (singkatan untuk Anti-Virus Guard, iaitu Pengawal Anti-Virus) ialah sebilangan perisian anti virus untuk pelantar-pelantar Microsoft Windows dan Linux. AVG dihasilkan oleh Grisoft, sebuah syarikat persendirian Republik Czech yang diasaskan oleh Jan Gritzbach pada tahun 1991. Pada awal bulan September 2005, sebahagian besar syarikat ini dibeli oleh Intel.

Rangkaian ewido menjadi sebahagian kumpulan Grisoft pada 19 April 2006. Pada 6 November 2006, Microsoft mengumumkan bahawa keluaran-keluaran Keselamatan AVG boleh didapati secara langsung daripada Pusat Keselamatan Windows dalam Windows Vista. Sejak dari 7 Jun 2006, perisian AVG juga digunakan sebagai salah satu komponen tak wajib untuk Keselamatan Mel GFI yang dihasilkan oleh syarikat Perisian GFI.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]