Perisian terbenam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perisian terbenam ialah perisian komputer atau peralatan tegar yang terbina ke dalam alat elektronik. Peranan utamanya adalah dalam interaksinya dengan alam fizikal dan bukannya dalam bidang teknologi maklumat.

Perisian terbenam biasanya ditulis untuk cip komputer bagi perkakasan tujuan khas dan bukannya untuk unit pemprosesan pusat (CPU) serba guna. Ia terbina ke dalam alat elektronik di dalam kereta, telefon, kelengkapan audio, alatan rumah, mainan, sistem keselamatan, perentak, televisyen, dan jam tangan digital, antara lain. Perisian ini mencapai kecanggihan yang tinggi dalam kegunaan untuk kapal terbang, peluru, sistem kawalan proses, dan sebagainya.

Perisian terbenam kekadangnya menggunakan sistem pengendalian masa nyata seperti LynxOS, VxWorks, Linux, eCos, ThreadX, Windows CE, Fusion RTOS, Nucleus RTOS, RTEMS, Integrity, dan Neutrino.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Edward A. Lee, "Embedded Software", Advances in Computers (M. Zelkowitz, editor) 56, Academic Press, London, 2002.