Neutrino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Neutrino adalah suatu zarah keunsuran. Neutrino mempunyai spin 1/2 maka merupakan fermion. Jisimnya sangat kecil, walaupun eksperimen yang terbaru menunjukkan bahawa jisimnya ternyata bukan sifar. Neutrino hanya bertindakbalas pada daya lemah dan graviti, tak satu pun boleh tindakbalas dengan kuat atau daya elektromagnetik.

Disebabkan dalam proses interaksi lemah, neutrino dapat bergerak antara bahan hampir tanpa halangan. Untuk neutrino-neutrino tipikal yang dihasilkan di dalam Matahari (dengan tenaga beberapa MeV) diperlukan kira-kira satu tahun cahaya (~1016m) untuk memblok setengah dari jumlahnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengesanan pertama neutrino

Neutrino pertama kali dipostulatkan pada Disember 1930 oleh Wolfgang Pauli untuk menjelaskan spektrum tenaga dari pereputan beta, iaitu pereputan neutron menjadi proton dan elektron. Pauli membina teori bahawa sebuah zarah yang tak dapat dikesan menjadi penyebab perbezaan antara tenaga dan momentum sudut dari zarah-zarah di awal dan di akhir pereputan. Disebabkan sifat "halimunannya", ujikaji pengesanan pertama neutrino harus menunggu hingga 25 tahun sejak pertama kali dibincangkan. Pada 1956, Clyde Cowan, Frederick Reines, F. B. Harrison, H. W. Kruse, dan A. D. McGuire menerbitkan rencana "Detection of the Free Neutrino: a Confirmation" dalam jurnal Science, sebuah hasil yang dianugerahkan dengan Hadiah Nobel 1995.