Perisytiharan Balfour 1917

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peristiharan Balfour 1917 (bertarikh 2 November 1917) merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak-hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain.

Deklarasi ini dibuat melalui surat daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis iaitu sebuah organisasi zionis persendirian. Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi."

Deklarasi Balfour kemudian dimasukkan ke dalam Perjanjian Damai Sèvres dengan Turki dan Mandat British Palestin. Dokumen asal kini disimpan di Perpustakaan British.