Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Negara Palestin
دولة فلسطين
Dawlat Filasṭīn
Lagu: Fida'i
Ibu negara Baitulmuqaddis
Ramallah
Gaza
Bandar terbesar Baitulmuqaddis(rasmi)
Bahasa rasmi Bahasa Arab
Kerajaan De jure Demokrasi berparlimen & De facto Semi-presiden
 -  Presiden Mahmoud Abbas
 -  Perdana Menteri Rami Hamdallah
 -  Speaker Parlimen Salim Zanoun
Kemerdekaan
 -  Pengisytiharaan 15 November 1948 (66 tahun) 
 -  Perlembagaan 29 November 2012 (2 tahun) 
 -  Bertukar daripada PNA 3 Januari 2013 (1 tahun) 
Kawasan
 -  Jumlah 6,220 km2 
Tebing Barat: 5,860 km2,
(water=Laut Mati: 220 km2),[1]
Semenanjung Gaza: 360 km2 [2](ke-165)
2,402 sq mi 
 -  Perairan (%) 3.5
Populasi
 -  2009 (Julai) (anggaran) 3,935,249[3] (ke-126)
KDNK (PPP) 2009 anggaran
 -  Jumlah $$12.95 bilion (-)
 -  Per kapita $2,900 (-)
HDI (2007) 0.731 (sederhana / ke-106)
Mata wang Sheqel (PSS)
Zon waktu   (UTC+2)
 -  Musim panas (DST)   (UTC+3)
Kod panggilan +970
Internet TLD .ps

Palestin atau Negara Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan.

Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria serta Israel. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada Negara Palestin yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Wilayah Tebing Barat.

Di dalam konteks Konflik Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.

Sejarah Palestin[sunting | sunting sumber]

Fail:Palestinearab.jpg
Peta Palestin sebelum penjajahan Israel
Imej satelit yang menunjukkan keseluruhan kawasan Mandat British Palestin
Pasport lama Mandat British Palestin

Sejarah Palestin bermula sejarak zaman prasejarah. Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.[4]

Perkembangan Islam[sunting | sunting sumber]

Peta Baitulmuqaddis Timur

Pemerintahan Saidina Umar[sunting | sunting sumber]

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Peta Wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza

Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara.

Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.

Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.

Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.

Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.

Di bahagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.

Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

Daerah[sunting | sunting sumber]

Palestin dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:

Politik[sunting | sunting sumber]

Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza. Ini membuktikan bahawa Paletin mempunyai 2 perdana menteri.

Majlis Perundangan Palestin[sunting | sunting sumber]

Majlis Perundangan Palestin merupakan badan perundangan Negara Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza.

Pilihanraya umum yang terakhir diadakan pada 25 Januari 2006.

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Peta Negara Palestin
Parti Jumlah undian Peratus (%) Jumlah kerusi
Hamas 440,409 44.45 74 (29/45)
Fatah 410,554 41.43 45 (28/17)
Syahid Abu Ali Mustafa 42,101 4.25 3 (3/0)
Alternatif (Al-Badeel)
  • Barisan Demokratik Pembebasan Palestin
  • Parti Rakyat Palestin
  • Kesatuan Demokratik Palestin
  • Bebas
28,973 2.92 2 (2/0)
Palestin Merdeka
  • Inisiatif Kebangsaan Palestin
  • Bebas
26,909 2.72 2 (2/0)
Hala Ketiga 23,862 2.41 2 (2/0)
Calon bebas - - 4 (4/0)
Jumlah 990,873 100 132 (66/66)

Ketua Parlimen Palestin[sunting | sunting sumber]

1. Ketua Parlimen Abdul Salam ibn Muhammad ash-Syafi'i

Menteri Kabinet[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan Menteri Kabinet Palestin yang sah sehingga kini:

1.Presiden Mahmoud Abbas
2.Perdana Menteri Rami Hamdallah, beliau juga memegang jawatan Menteri Kesukanan Palestin
3.Timbalan Perdana Menteri Nasseredine al-Shaer, beliau juga memegang jawatan Menteri Pelajaran Palestin
4.Menteri Kewangan Omar Abdulrazek
5.Menteri Hubungan Luar Mahmoud al-Zahhar
6.Menteri dalam Negeri Fathi Hamad
7.Menteri Ekonomi Alandine Al-Aaraj
8.Menteri Penerangan Yussef Rizqa
9.Menteri Keadilan Ahmed Al-Khaldi
10.Menteri Kesihatan Bassem Naim
11.Menteri Kerajaan Tempatan Issa al-Jahari
12.Menteri Kerja Raya Ziad al-Zhazha
13.Menteri Tenaga Buruh Mohammed Barghouthi
14.Menteri Teknologi dan Komunikasi Jamal al-Khodari
15.Menteri Hal Ehwal Tahanan Wasfi Kabha
16.Menteri Kebudayaan Attallah Abu al-Sabeh
17.Menteri Perancangan Samir Abu al-Sabeh
18.Menteri Pelancongan Jawdath Mourqos,beliau beragama kristian
19.Menteri Pengangkutan Abdelrahman Zidane
20.Menteri Pertanian Mohammed al-Agha
21.Menteri Hubungan Sosial Fakhri al-Turkmani
22.Menteri Wanita Mariam Saleh
23.Menteri Agama Nayeb Rajub
24.Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Khaled Abu Arafeh
25.Menteri Hal Ehwal Pelarian Atef Edwane

Bandar-bandar utama[sunting | sunting sumber]

Bandar-bandar utama
Center Population
Al-Bireh 40,000
Betar Illit 29,355
Bethlehem 30,000
Gush Etzion 40,000
Hebron 120,000
Jericho 25,000
Baitulmuqaddis 400,000
Jenin 47,000
Ma'ale Adummim 33,259
Modi'in Illit 34,514
Nablus 100,000
Qalqilyah 40,000
Ramallah 60,000
Tulkarm 75,000
Yattah 42,000

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Pilihan[sunting | sunting sumber]