Perkhidmatan pengehosan fail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkhidmatan pengehosan fail, perkhidmatan storan fail dalam talian, atau pusat media dalam talian merupakan sejenis perkhidmatan pengehosan Internet yang direka khusus untuk mengehos kandungan statik, biasanya fail besar yang bukan laman web. Lazimnya tapak seperti ini membenarkan capaian web dan FTP. Perkhidmatan ini boleh dioptimumkan untuk melayani ramai pengguna (seperti yang dibayangkan oleh istilah "pengehosan") atau untuk storan seorang pengguna sahaja (seperti yang dibayangkan oleh istilah "storan"). Perkhidmatan berkait adalah perkongsian video, perkongsian imej dan sandar jauh.

One-click hosting[sunting | sunting sumber]

One-click hosting (pengehosan satu-klik) adalah perkhidmatan web yang membenarkan pengguna Internet memuat naik data dari komputer mereka ke laman web tersebut.

Perkhdimatan seperti ini selalunya akan memberi URL setelah berjaya menyimpan data tersebut dan URL ini boleh dikongsi dengan orang lain untuk mereka memuat turunnya. Sejak tahun 2005, bilangan laman web one-click hosting telah meningkat dan popularitinya semakin bertambah. Bilangan forum Internet untuk berkongsi URL fail di laman web seperti ini juga semakin meningkat, menyaingi perkhidmatan perkongsian fail P2P.

Selalunya perkhidmatan seperti ini menghasilkan wang melalui iklan atau wang pendaftaran untuk perkhidmatan premium seperti peningkatan kapasiti muat turun dan tempoh data pengguna akan bertahan di laman itu. Kebanyakan laman one-click hosting menggunakan CAPTCHA untuk menghindari muat turun automatik.

Perkhidmatan pengehosan fail popular[sunting | sunting sumber]