Permaisuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Permaisuri (daripada bahasa Sanskrit परमेश्वरी (parameśvarī, "wanita tertinggi")) adalah seorang isteri kepada raja atau sultan yang bertakhta. Kuasa permaisuri terhad dan lebih ke arah istana, rakyat jelata dan wanita. Ini berbeza dengan Ratu yang berkuasa memerintah. Sebagai contoh ialah Raja Permaisuri Nur Zahirah, Raja Permaisuri Agong bagi Yang di-Pertuan Agong Malaysia 2007-2012. Permasuri juga bahasa istana bagi isteri. Bagi sesetengah negeri di Malaysia dan juga Brunei, gelaran permasuri tidak digunakan dan digantikan dengan Raja Perempuan, Raja Isteri dan sebagainya.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, permaisuri balu dan bonda ratu boleh menjadi pemangku raja kepada putera-puteri baginda yang masih kecil. Sebagai contoh:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]