Perobohan rumah setinggan Kampung Paya Bunga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perobohan rumah setinggan Kampung Paya Bunga dilakukan poihak berkuasa Kuala Terengganu pada 2 Mac 2010. Tapak rumah setinggan ini akan dibina parkir bertingkat.

Ketua angkatan muda PKR Terengganu Fariz Musa dan Mohd Zamri Sulaiman ditahan di Balai Polis Kuala Terengganu mengikut Seksyen 186, Kanun Kesiksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.[1]

Perobohan[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 60 orang penguatkuasa daripada polis, pejabat tanah dan pegawai kerajaan tempatan merobohkan semua 12 buah rumah di kampung itu.Penduduk miskin di situ telah mendiami tanah itu sejak tahun 1934 dengan lesen menduduki sementara. 10 daripada 12 buah rumah berkenaan masih didiami . Penduduk meminta pampasan daripada kerajaan negeri Terengganu, namun Menteri Besar Terengganu hanya bersetuju untuk menyediakan lori pemindahan.

Pejabat tanah Kuala Terengganu menghantar notis mengosongkan rumah sebelum 28 Februari 2010.Jika engkar, akan didenda RM50,000 dan juga penjara selama lima tahun. Mereka ditawarkan penempatan semula di sebuah perumahan kos rendah dengan bayaran deposit sebanyak RM3,000. Kemudian deposit dikurangkan kepada RM300.00 sahaja.

Halangan mereka ialah rumah kos rendah itu 20 km daripada Kuala Terengganu dan jauh daripada tempat kerja mereka.Memo dihantar kepada menteri besar pada 21 Februari 2010 tetapi tidak diendahkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]