Pertempuran Golymin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Golymin berlangsung pada 26 Disember 1806 sewaktu Perang Napoleon di Gołymin, Poland, antara sekitar 17,000 orang tentera Imperial Rusia dengan 28 laras meriam di bawah pimpinan Putera Dmitriy Vladimirovich Golitsyn dengan 38,000 orang tentera Perancis di bawah pemerintahan Marsyal Murat. Tentera Imperial Rusia berjaya mengundurkan diri daripada bertempur dengan angkatan Perancis yang lebih kuat. Pertempuran ini berlaku pada hari yang sama dengan Pertempuran Pultusk.


Tapak pertempuran[sunting | sunting sumber]

Kampung Golymin terletak di kawasan rata, dengan tinggi sedikit di bahagian utara dan timur laut. Hutan dan paya hampir mengelilingi kampung. Dari kampung laluan ke Pułtusk lalu tenggara, ke Ciechanów melalui barat laut, dan ke Makow (destinasi pengunduran Rusian) ke timur laut. Satu trek menghubungkan Golymin dengan kampung kecil Garnow ke selatan. Kampung Ruskowo terletak barat daya, dan Kaleczin tidak jauh sebelah barat. Wadkowo terletak lebih jauh sepanjang jalan Ciechanów.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.