Joachim Murat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Joachim Murat, Raja Napoli, Marsyal kepada Napoleon.

Joachim-Napoléon Murat (dilahirkan sebagai Joachim Murat; Bahasa Itali: Gioacchino Napoleone Murat; 25 Mac 1767 – 13 Oktober 1815), Marsyal dan Laksamana Besar Perancis, Putera Murat pertama, ialah Grand Duke Berg dari 1806 hingga 1808 dan kemudiannya Raja Napoli dari tahun 1808 hingga 1815. Beliau memperolehi gelaran-gelaran ini sebahagiannya adalah kerana menjadi adik ipar kepada Napoleon Bonaparte melalui perkahwinan dengan adik bongsu Napoleon, Caroline Bonaparte. Beliau sangat terkenal dengan gaya pemakaian yang ranggi dan pernah digelar 'Raja yang suka melaram'.