Pertempuran Pastrengo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Pastrengo
Sebahagian daripada Perang Kemerdekaan Itali Pertama
Battaglia di Pastrengo.jpg
Pertempuran Pastrengo
Maklumat am
Tarikh 30 April 1848[1]
Lokasi Pastrengo, Lombardy-Venetia
Hasil Kemenangan tentera Sardinia[2]
Pihak yang berperang
Piedmont-Sardinia Kerajaan Sardinia Flag of the Habsburg Monarchy.svg Empayar Austria
Komander dan pemimpin
Flag of the Kingdom of Sardinia (1848-1851).svg Charles Albert Flag of the Habsburg Monarchy.svg Josef Radetzky
Kekuatan
25,000-30,000 tentera 5,900 tentera
Kerugian dan kehilangan
15 terbunuh 25 terbunuh
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pertempuran Pastrengo adalah salah satu daripada pertempuran Perang Kemerdekaan Itali Pertama. Ia berlaku 30 April 1848, apabila Raja Sardinia Charles Albert dari Sardinia melancarkan perang terhadap tentera Austria. Pertempuran ini diantara tentera Sardinia di bawah Charles Albert dan tentera Austria di bawah Josef Radetzky. Markas tentera Austria dari Verona iaitu di Utara Itali kini.

Monumen peringatan Pertempuran Pastrengo.
30 April 2008, acara yang ingin mengingatkan Pertempuran Pastrengo sempena ulang tahun ke-160.

Pertempuran ini amat sengit kerana pelbagai asakan dan serangan yang berlaku apabila tentera Sardinia melancarkan serangan yang hebat memaksa tentera Austria berundur diri ke Verona. Pertempuran ini juga telah diingat setiap tahun apabila pada 30 April, pekan Pastrengo akan melancarkan hari peringatan tentera Sardinia yang telah terkorban dalam pertempuran yang ingin menuntut kemerdekaan dari tentera Austria yang telah menjajah di utara Itali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Young, Francis (1864). Garibaldi: his life and times. London. 
  2. name=POL>Hamilton Sears, Edmund (1900). An outline of political growth in the nineteenth century. New York.