Pertempuran Yungay
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Yungay (juga Yungai) secara berkesan telah memusnahkan Konfederasi Peru-Bolivia yang diasaskan oleh Marsyal Andrés de Santa Cruz di tahun 1836. Pada 20 January 1839, Tentera Chile diketuai oleh Ketua General Chile Manuel Bulnes menewaskan Tentera Konfederasi yang diketuai oleh Santa Cruz selepas enam jam pertempuran di Yungay, utara Peru, 200 km dari utara Lima.
Lantaran kemenangan Chile dalam pertempuran di Yungay tersebut, maka berakhirlah Konfederasi Peru-Bolivia, sementara Andrés de Santa Cruz mengasingkan dirinya ke Guayaquil, Ecuador.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |