Ecuador

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Ecuador
República del Ecuador
Moto: "Dios, patria y libertad"[perlu rujukan]  
"Tuhan, tanah air, & pembebasan"
Lagu: Salve, Oh Patria
Ibu negara Coat of Arms of Quito.jpg Quito
00°9′S 78°21′W / 0.150°S 78.350°B / -0.150; -78.350
Bandar terbesar Escudoguayaquil.jpg Guayaquil
Bahasa rasmi Bahasa Sepanyol 1
Kerajaan Republik
 -  Presiden Rafael Correa
 -  Naib Presiden Lenín Moreno
Kemerdekaan
 -  daripada Sepanyol 24 Mei 1822 
 -  daripada Gran Colombia 13 Mei 1830 
 -  Perairan (%) 8.8
Populasi
 -  Julai 2005 (anggaran) 13,228,000 (67)
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $57.04 billion (70)
 -  Per kapita $4,316 (113)
HDI (2003) 0.765 (sederhana / 83)
Mata wang Dolar AS2 (USD)
Zon waktu (UTC-5 (-63))
Kod panggilan 593
Internet TLD .ec
1 Kichwa dan bahasa-bahasa Amerindia yang dituturkan oleh masyarakat asli.
2 Sucre sehingga tahun 2000.
3 Kepulauan Galápagos.

Ecuador, atau rasminya Republik Ecuador merupakan negara demokratik di benua Amerika Selatan, bersempadan dengan negara Colombia utara, Peru di timur dan utara, Lautan Pasifik di barat. Ia bertentangan dengan Malaysia.

Negara ini termasuk Kepulauan Galápagos (Archipiélago de Colón) di Pasifik, seluas 965 kilometer di barat tanah besar.

Ecuador berasal dari istilah Sepanyol iaitu equator. Negara Ecuador terletak di Equator dan luas negara ini ialah 256,370 kilometer persegi. Ibu negara ialah Quito.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Ecuador

Politik[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut mengenai politik dan kerajaan Ecuador boleh didapati di Siri politik dan kerajaan Ecuador.

Politik Ecuador terbahagi kepada sistem presiden dan demokrasi perwakilan . Presiden Ecuador mengetuai ketua negara republik dan ketua kerajaan di mana sistem pelbagai parti diamalkan. Kuasa ekselutif bertindak sebagai kerajaan. Kuasa perundangan dibentuk oleh kerajaan dan Kongres Nasional Ecuador.

Presiden ialah Alfredo Palacio (sejak 20 April 2005 da kemudian oleh Lucio Guitiérrez setelah disingkirkan oleh Kongres Nasional .

Timbalan Presiden Ecuadir  :Nicanor Alejandro Serrano Aguilar (sejak 5 Mei 2005)

Barisan Kabinet: 10 menteri dan 7 setiusaha dilantik oleh presiden .

Pilihan raya: Presiden dan Timbalan Presiden dipilih berdasarkan tiket yang sama , universal dan undi popular melalui pilihan raya 4 tahun sekali. Pilihan raya seterusnya akan diadakan pada Oktober 2006.

Hubungan diplomatik[sunting | sunting sumber]

Ecuador ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , Kumpulan Rio , Sistem Ekonomi Amerika Latin , Pertubuhan Perpaduan Amerika Latin dan Barisan Pact.

Ecuador sangat rapat dengan Amerika Syarikat. Tapi 2006,syarikat Occidental iaitu pengeluar petroleum Utara Amerika telah menyebabkan hubungan tegang anatara Ecuador - Amerika . Kerajaan Ecuador menyatakan perjanjian pengeluaran minyak selama ini tidak sah dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) tidak dapat dilaksanakan.Perjanjian Atpdea mungkin dapat mengurangkan pergantungan kepada Amerika.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pergunungan Tungurahua, Ecuador

Ecuador terbahagi kepada wilayah Lautana Pasifik.

  1. La Costa, di sepanjang pantai.
  2. La Sierra di mana Sierra bermaksud gergaji , merupakan kawasan pergunungan termasuk Banjaran Andes.
  3. El Oriente (bermaksud timur) meliputi Hutan Hujan Amazon di timur , mempunyai 5 % penduduk Ecuador.
  4. Kepulauan Galápagos seluas 1000 kilometer persegi terletak di barat , dalam Lautan Pasifik.

Ibu negara Ecuador Quito terletak di negeri , wilayah Sierra. region. Bandar terbesar ialah Guayaquil yang terletak di Guayas dalam pantai Cotopaxi.

Daerah Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Ecuador

Ecuador dibahagi kepada 22 provinsi yang setiap satu ada ibu kota.

Agama[sunting | sunting sumber]

Fail:Quito SF.jpg
Iglesia de San Francisco, Quito, Ecuador

Lebih-kurang 68% dari penduduk Ecuador berugama Roman Catholic dan ramai yang mengamalkan ugama itu. Di kawasan-kawasan pendalaman amalan-amalan kepercayaan lama bercampur-aduk dengan amalan ugama Kristian.

Seperti di setiap negera Amerika Latin yang lain, penganutan ugama Protestan telah meningkat dengan tinggi, terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman yang miskin. Golongon-golongan yang mengikut ugama lain seperti Jehovah's Witness dan The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Mormons) juga didapati sedang meningkat.

Terdapat penganut ugama Islam tetapi jumlah mereka hanya beberapa ribu sahaja. Masyarakat Yahudi adalah dalam lingkungan 1000 orang dan kebanyakannya berasal dari Jerman dan Itali.

Terdapat juga sebilangan kecil yang masih berugama Sephardic Jews (Judeo-Spanish Jews). Kebanyakan nenek-moyang mereka ini sudah memeluk ugama Kristian.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Makanan di Ecuador adalah sangat berbeza mengikut ketinggian dan juga keadaan pertanian. Babi, ayam, daging dan “cuy” (guinea pig) yang dihidangkan dengan berbagai jenis bijirin dan ubi kentang atau nasi adalah makanan yang digemari di kawasan pergunungan. Babi panggang (hornado) dengan ubi kentang sering dijual di kawasan ini. Fanesca, sup yang terkenal di Ecuador dibuat dengan berbagai jenis kekacang mengikut musim seperti kacang hijau, kacang lima, kacang lupini, kacang fava atau chochos yang mengandungi susu dan sering dihidangkan dengan ikan kering sejuk.

Terdapat berbagai jenis buah-buahan terutama sekali di kawasan-kawasan rendah. Makanan laut sangat digemari di kawasan pantai, terutamanya udang dan udang galah segar. Makanan yang dibuat dari Plantain dan kacang tanah adalah asas kebanyakan makanan di kawasan pantai. Biasanya jamuan makanan dimulakan dengan hidangan sama ada sup cair (caldo) yang boleh mengandungi daging ataupun sup sayur berkrim (caldo de leche). Selepas itu makanan kedua segundo yang selalunya mengandungi nasi, masakan kuah pekat (menestra) daging atau ikan serta sayur-sayuran. Patacones sangat digemari sebagai makanan sampingan di kawasan pantai.

Sebahagian daripada jenis makanan yang biasa di kawasan pantai adalah: ceviche, pan de almidón, corviche, guatita, encebollado dan empanadas; dan di kawasan pergunungan termasuk: hornado, fritada, tamales, llapingachos, dll.

Di kawasan hutan hujan makanan biasa ialah ubi kayu (yuca). Ubi dikupas kulitnya dan direbus atau digoreng atau digunakan dalam berbagai jenis masakan. Terdapat banyak jenis buah-buahan di kawasan ini.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Ecuador mempunyai rangkaian lebuh raya nasional yang di selenggarai oleh agensi kerajaan Ministerio de Obras Públicas y Comunicaciones (Kementerian Kerja Umum dan Kommunikasi). Lebuh raya Pan-America menghubungkan bahagian utara dan selatan negara ini dan juga menghubungkan Ecuador dengan Colombia di utara dan dengan Peru di selatan. Kualiti jalan-jalan, termasuk jalan-jalan utama, amat berbeza.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]