Pesawat SC-7 Skyvan terhempas di Gunung Leuser 1993

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pesawat SC-7 Skyvan terhempas di Gunung Leuser 1993 bedrlaku pada 30 Januari 1993 di Gunung Leuser, Aceh Besar, Sumatera Utara, Indonesia. Pesawat ringan jenis SC-7 Skyvan Malaysia itu hilang selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan Lapangan Terbang Medan kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Medan menuju ke Banda Aceh. Tragedi itu berlaku sebulan sebelum umat Islam menunaikan ibadat puasa 1993.

Pesawat Skyvan itu milik Pan Malaysia Air Transport (PMAT) Sdn Bhd dari Malaysia. Pesawat disewa dari syarikat Esso Singapura. Mereka dalam perjalanan ke Kepulauan Nicobar di utara pulau Sumatera, di perairan Lautan Hindi. Mereka ke sana untuk memeriksa kapal tangki Denmark, Maersk Navigator yang berlanggar dengan sebuah kapal lain di Selat Melaka pada 21 Januari 1993.


Mangsa[sunting | sunting sumber]

Pesawat itu dinaiki oleh 11 penumpang dan lima krew. Lima krew itu termasuk tiga rakyat Malaysia, iaitu Pengarah Urusan PMAT, Piaruddin Fathodin, 48, yang juga juruterbangnya; pembantu juruterbang, Achuthan Ramadas, 27 dan juruteknik, Augustine Joseph serta dua lagi juruterbang rakyat Myanmar. 10 rakyat Singapura ialah Mansur Usman, Kaharudin Salamat, Zuraini Syakdan, Saharudin Jaldi, Samsul Bahri, Janri Isa, Lee Mon Thong, Palamisami, Abu Nasir dan Lim Pun Wan. Warga India ialah Prem Kumar.

Ditemui selepas 17 tahun[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2010, bangkai pesawat itu baru ditemui di Gunung Leuser dan 16 rangka manusia ditemui masih berada di dalamnya . Ketua Polis Daerah Aceh Besar, Agus Susanto menyatakan pasukan polis telah dihantar untuk pengesahan.

Ketua Divisyen Operasi Angkasa Pura Blangbintang Aceh Besar, Mustari mengesahkan penemuan itu. Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia, Norlin Othman menyatakan penemuan itu belum dapat disahkan kerana rekod penerbangan penyatakan terdapat dua pesawat Malaysia disyakki terhempas di kawasan itu. [1]

Pesawat masih hilang[sunting | sunting sumber]

  1. Pesawat kecil Twin Otter hilang pada 1989

Rujukan[sunting | sunting sumber]