Petaling Street Warriors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Petaling Street Warriors
Ringkas大英雄•小男人
Pengarah
Dihasilkan olehSampson Yuen
Dibintangi
Sinematografi
  • Chan Hai Liang
  • Tan Teck Zee
Syarikat
penerbitan
Juita Entertainment[3]
Tarikh tayangan
  • 1 Disember 2011 (2011-12-01) (Malaysia)[1][2]
Masa tayangan
106 minit[4]
NegaraMalaysia
BahasaMandarin
BajetRM3 juta[5]

Petaling Street Warriors (Cina ringkas: 大英雄•小男人) ialah filem terbitan 2011 yang diarahkan oleh James Lee Thim Heng dan Sampson Yuen[6] dari syarikat Malaysia Juita Entertainment, ranting syarikat kepada Juita Viden. Filem ini terbit perdana di pawagam Golden Screen Cinemas, ia merupakan filem bergenre komedi-kungfu pertama yang dibuat di Malaysia and Singapore.

Petaling Street Warriors menampilkan ahli koreografer aksi dari Hong Kong, Yuk-Sing Ma, yang telah berkarya dalam beberapa tajuk terkenal China dan Hong Kong, semisal Storm Riders 2 dan A Chinese Fairy Tale. Ia menjadi filem ketiga yang dilakonkan oleh Namwee pada tahun 2011.

Filem ini mendapat pujian dari beberapa pengarah Hong Kong sebagai "batu pandang" dalam sejarah filemografi Cina Malaysia. Versi alih suara ke dalam bahasa Melayu telah dikeluarkan Astro First pada tarikh 15 February 2012.

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Berkisah di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada tahun 1908 semasa penjajahan Inggeris, ia menceritakan sepasang suami isteri, Shi Duyao (Mark Lee) and Zhung Lichun (Yeo Yann Yann), yang membuka kedai mie khas Hokkien di pekan itu. Mereka merasa merana kerana pemerintah kolonial yang semena-mena dan peras ugut daripada samseng Cina. Pada satu ketika, Duyao pun mencuba bertarung dengan salah seorang samseng demi membahagiakan isterinya,

Semasa dia kewalahan menghadapi gengster yang semakin ramai bermunculan dab berjaya menawan isterinya, tiba-tiba seorang ahli kungfu yang misterius menolongnya. Lelaki itu bernama Xiaoju (Chris Tong), dia menegaskan bahawa Duyao ialah zuriat Maharaja Jianwen dari Dinasti Ming. Duyao harus berkhidmat menghalau kumpulan daripada ninja-ninja Jepun dan kesatria-kesatria Qing dari harta peninggalan nenek moyang, hal ini membuatnya mempertanyakan semula keafiatannya. Lichun dan sepupunya, Liu Kun (Namewee), akhirnya menunjukan kehandalan mereka dalam berkungfu, pekan dan jalanan berubah suai sebagai zon bertumbuk bagi setiap kumpulan-kumpulan. Pertanyaannya mampukah Duyao menyibak rahsia dirinya sendiri dan menyelamatkan Lichun sebelum semuanya sudah terlambat?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mark Lee 李国煌 sebagai Shi Duyao 史都耀
  • Yeo Yann Yann 杨雁雁 sebagai Zhung Lichun 钟离春
  • Namewee 黄明志 sebagai Liu Kun 刘坤
  • Chris Tong 童冰玉 sebagai Xiaoju 小菊
  • Frederick Lee 李洺中 sebagai Ma Fuyi 马福仪
  • Sunny Fang 冯推守 sebagai Wilson Ng 吴卫生
  • Alvin Wong 王骏 sebagai Yong Kok 杨过
  • Ramasundran Rengan sebagai Rajoo
  • Henry Thia 程旭辉 sebagai ketua kasino, Jay Chow 周董
  • Chua Bee Seong 蔡炜祥 sebagai Fok Yip Fei 霍叶飞
  • Nick Dorian sebagai Kapten McBribe
  • Chen Huen Phuei 曾宏辉 sebagai penterjemah-pegawai polis
  • John Ching 钟耀南 sebagai ketua geng Hokkien
  • Tung Yew Ngai 邓有毅 sebagai kelasi geng Hokkien
  • Rosanne Lui 吕珊 sebagai Selina
  • Brandon Yuen sebagai ketua geng Kantonis
  • Wong Wai Hoong 黄伟雄 sebagai kelasi geng Kantonis
  • Goh You Ping 吴友凭 sebagai perisik
  • Gan Hui Yee 颜慧仪 sebagai Mahjie
  • Chee Cheong Hoe 朱宥六 sebagai penilik nasib
  • Berg Lee Seng Wan sebagai mamasan
  • Ho Yuhang 何宇恒 sebagai salah seorang daripada ketua-ketua Geng Tiga Pisau
  • Kin Wah 周梓华 sebagai salah seorang daripada ketua-ketua Geng Tiga Pisau
  • Daniel Wong Kian Huat 王健发 sebagai salah seorang daripada ketua-ketua Geng Tiga Pisau
  • Rayson Tan 陈泰铭 sebagai Sun Yat-sen
  • Steve Yap 叶良财 sebagai the Maharaja Jianwen
  • Chen Puie Heng 陈沛兴 sebagai pengawal empayar
  • Chye Yang 蔡子洋 sebagai pengawal empayar
  • Chong Yun Wah 张詠华 sebagai pengawal empayar
  • Agnes Wong 王柔霖 sebagai pengawal empayar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Petaling Street Warriors Full Trailer Lands". 24 October 2011. Dicapai pada 21 November 2011. Text "publisherYahoo! News" ignored (bantuan)
  2. ^ "Golden Screen Cinemas :: Petaling Street Warriors". Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 21 November 2011.
  3. ^ "Juita Entertainment Official Website".
  4. ^ "PETALING STREET WARRIORS". Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 20 January 2012.
  5. ^ "(MALAY) Filem Petaling Street Warrior". Budiey.com. Dicapai pada 20 January 2012.
  6. ^ "Petaling Street Warriors (2011)". Hong Kong Cinemagic. Dicapai pada 5 December 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]