Pewarna Ziehl-Neelsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mycobacterium tuberculosis digambarkan dengan menggunakan pewarna Ziehl-Neelsen.

Pewarna Ziehl-Neelsen, juga dikenali sebagai pewarna tahan asid, pertama sekali digambarkan oleh dua orang doktor Jerman; Franz Ziehl (1859 hingga 1926), pakar bakteria bakteriologi dan Friedrich Neelsen (1854 hingga 1894), ahli patologi. Ia merupakan pewarna bakteria khas yang digunakan bagi mengenal pasi organisma tahan asid, terutamanya Mycobacteria. Mycobacterium tuberculosis adalah yang paling penting dalam kumpulan ini, kerana ia bertanggungjawab bagi penyakit yang dikenali sebagai tuberkulosis (TB). Ia membantu mendiagnosis Mycobacterium tuberculosis kerana dinding lipid yang banyak selnya menjadikannya tahan kepada pewarna Gram. Ia juga boleh digunakan bagi mewarna beberapa bakteria lain seperti Nocardia. Reagen yang digunakan adalah carbolfuchsin Ziehl-Neelsen, alkohol asid dan metilena biru.

Prosedur[sunting | sunting sumber]

  1. Tutup dengan kertas tisu
  2. Banjirkan slid dengan carbolfuchsin, pewarna utama, selama 2 minit serentak dipanaskan dengan wap.
  3. Alih penutup kertas, hilang warna slid dengan campuran asid hidroklorik dan etanol.
  4. Bersihkan stain dengan metilena biru.

Pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

  • 5% Asid Sulphurik digunakan bagi mewarna Mycobacterium leprae menggantikan 20% yang digunakan bagi Mycobacterium tuberculosis
  • Modifikasi Kinyoun (atau teknik Ziehl-Neelsen sejuk) juga boleh digunakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Microbiology with Diseases by Body System", Robert W. Bauman, 2009, Pearson Education, Inc.

Contoh protokol dalam talian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]