Pharming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pharming (neologisme untuk perkataan Inggeris "farming" dan "phishing") ialah sejenis serangan penggodaman di mana si penyerang menghalakan mangsanya ke tapak web palsu, bukannya ke tapak web yang ingin dilawati si mangsa. Serangan ini boleh dilakukan dengan menyunting fail hosts si mangsa dan memetakan alamat IP tapak web palsu penyerang kepada nama domain tertentu. Tapak web si penyerang dibuat supaya serupa dengan tapak web sasaran agar dapat memperdayakan si mangsa supaya memasukkan maklumat-maklumatnya, misalnya maklumat kelayakan (credential) seperti nama pengguna dan kata laluan.