Pianggang perosak buah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pianggang perosak buah
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Hemiptera
Suborder: Heteroptera
Keluarga: Pyrrhocoridae
Genus: Dysdercus
Spesies:
D. cingulatus
Nama binomial
Dysdercus cingulatus
(Fabricius, 1775)

Pianggang perosak buah, dengan nama saintifik Dysdercus cingulatus, ialah spesies kumbang sebenar dalam keluarga Pyrrhocoridae.[1] Ia perosak berat tanaman kapas, di mana nimfa yang lebih tua dan dewasa memakan buah dan benih kapas ketika ia matang, lalu merebakkan kulat pewarna kapas ketika ia berbuat demikian.[2] Ia turut dikenali sebagai anak dara cina.[3]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Sekeping setem memaparkan pianggang perosak buah

Pianggang perosak buah mampu mempertahankan diri daripada pemangsa dengan pelbagai kaedah termasuk rasa, penyamaran, dan warna. Warna yang terang biasanya merupakan tanda ia berasa tidak sedap.

Pada 2007, Pos Malaysia pernah mengeluarkan setem 30 sen bersaiz 30 mm x 40 mm yang memaparkan pianggang perosak buah. Ia dicetak dalam 20 helaian pada kertas bersalut fosfor bertera air SPM, dan juga terdapat dalam set.

Tumbuhan perumah[sunting | sunting sumber]

Seperti kapas (Gossypium), D. cingulatus memakan berbilangan tanaman lain termasuk bendi (Abelmoschus esculentus), kasturi (Abelmoschus moschatus), bunga raya, jut putih (Corchorus capsularis), sitrus dan jagung (Zea mays). Ia turut menyerang pohon termasuk randu alas (Bombax ceiba), kekabu (Ceiba pentandra), jati (Tectona grandis) dan baru laut (Thespesia populnea).[1]

Kumbang kapas di Pili, Camarines Sur, Filipina

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Red cotton stainer (Dysdercus cingulatus)". Plantwise Knowledge Bank. Plantwise. Dicapai pada 11 Mei 2016.
  2. ^ Jaleel, Waqar; Saeed, Shafqat; Naqqash, Muhammad Nadir (2013). "Biology and bionomics of Dysdercus koenigii F. (Hemiptera: Pyrrhocoridae) under laboratory conditions". Pakistan Journal of Agricultural Science. 50 (3): 373–378. ISSN 2076-0906.
  3. ^ Iskandar Ab Rashid (20 Januari 2011), "Serangga Perosak -- Anak Dara Cina, Red Cotton Bug, Dysdercus cingulatus", Tanamsendiri.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]