Pilihan raya di Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya di Arab Saudi jarang-jarang berlaku. Pilihan raya perbandaran pernah diadakan pada tahun 2005 dan dirancang bagi tahun 2009. Selepas tertunda dua tahun, ia akan diadakan pada 29 September 2011.[1] Pada 25 September 2011, Raja Abdullah memberi wanita hak untuk mengundi dalam pilihan raya, berkuatkuasa penggal akan datang.[2]

Sejarah pilihan raya di Arab Saudi[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya perbandaran di Arab Saudi yang pertama pada 1939 . Pilihan Raya bagi majlis perbandaran diadakan pada tahun 1960-an . Pilihanraya Perbandaran membenarkan lelaki sahaja mengundi dan calon lelaki sahaja bertanding pada 2005 .

Pada bulan Februari 2009,diumumkan pilihan raya perbandaran dijadualkan pada tahun 2009 untuk penilaian dan percubaam.Pilihan raya akhirnya dijadualkan pada 2011 bagi - di 178 majlis perbandaran di negara Arab Saudi itu.

Arab Saudi tidak mempunyai badan perundangan. " Dewan Perundingan "(atau Majlis ash-Shura) terdiri daripada 90 ahli yang dilantik .Tiada parti-parti politik dibenarkan di Arab Saudi.

Penyertaan wanita[sunting | sunting sumber]

Apabila Arab Saudi mengadakan pilihan raya perbandaran pada 1960-an, wanita tidak dibenarkan mengundi.[3] Tiada lagi pilihan raya sehinggalah 2005. Alasannya tidak cukup kakitangan wanita untuk pengurusan pilihan raya kerana pengasingan jantina - lelaki dan perempuan. Lagipun hanya sebilangan kecil wanita memegang kad pengenalan.[3]

Pada 25 September 2011, Raja Abdullah mengumumkan bahawa wanita akan diberikan hak untuk mengundi dan bertanding bermula 2012. Oleh itu wanita berhak turut serta dalam pilihan raya perbandaran Arab Saudi 2015 nanti. Wanita juga layak dilantik dalam majlis syura.[4]

Hak mengundi wanita menjadi isu perbincangan awam di Arab Saudi sejak kebelakangan ini.[5] Arab Saudi adalah negara terakhir di dunia mengekalkan larangan khusus mengenai hak mengundi politik.[6]

Wanita dibenarkan untuk memegang jawatan penting dalam dewan perniagaan. Pada tahun 2008, dua orang wanita telah dipilih untuk Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah. Tiada seorang wanita menjadi hakim atau peguam di Mahkamah Tinggi atau Majlis Kehakiman. Terdapat seorang wanita di peringkat kabinet, sebagai timbalan menteri pendidikan wanita.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saudi Arabia to hold elections next month after year and a half delay". Toronto: Toronto Star/AP. 2011-03-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-22. Dicapai pada 2011-03-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Arab Saudi Benarkan Wanita Mengundi Dalam Pilihan Raya Perbandaran". AFP. Pusat Berita Radio RTM. 26 September 2011. Dicapai pada 2011-09-27.
  3. ^ a b "Saudi government bans women's suffrage". MSNBC. 10/11/2004. Dicapai pada 25 September 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Saudi Arabia gives women right to vote". The Guardian. 25 September 2011. Dicapai pada 25 September 2011.
  5. ^ Katherine Zoepf (31 Mei 2010). "Talk of Women's Rights Divides Saudi Arabia". New York Times. Dicapai pada 25 September 2011.
  6. ^ "Fact Sheet: Women's Political Participation". International Women’s Democracy Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-30. Dicapai pada 25 September 2011.