Podium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Podium Formula Satu. Juara berdiri di tengah, bersama naib juara di kiri dan pemandu tempat ke-3 di kanan. Turut hadir adalah orang kenamaan yang menyampaikan trofi.

Dalam kebanyakan acara sukan, tiga atlet terbaik dalam satu pertandingan akan menerima pingat atau trofi semasa berdiri di atas podium.

Sukan permotoran[sunting | sunting sumber]

Dalam sukan permotoran, tiga pemandu teratas dalam satu perlumbaan akan menerima trofi di atas podium. Dalam siri antarabangsa, lagu kebangsaan juara, dan diikuti dengan pengeluar akan dimainkan dan bendera negara dikibarkan.[perlu rujukan]

Selepas penghadiahan trofi, pemandu-pemandu biasanya akan menyembur champagne kepada satu sama lain dan ahli pasukan mereka yang memerhati di bawah, satu tradisi yang dimulakan Dan Gurney selepas perlumbaan Le Mans 24 Jam 1967. Sekali-sekala perbuatan ini dielakkan sebagai tanda hormat terhadap kematian semasa acara tersebut atau sebagai menghormati adat setempat.

Istilah ini telah menjadi perkataan biasa dalam media, di mana seorang pemandu dikatakan "akan mendapat podium" atau "hampir mendapat podium" apabila dia mendapat atau tidak mendapat tempat tiga teratas.