Pokok Cincau Hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Cincau Hijau
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Ranunculales
Famili: Manispermaceae
Genus: Cyclea
Spesies: C. barbata

Pokok Cincau Hijau ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Manispermaceae. Tumbuhan ini sering ditemukan di cerang hutan serta juga di kawasan-kawasan belukar, tetapi ada juga yang ditanam pada pagar tanaman. Ia biasanya tumbuh di kawasan-kawasan yang tidak melebihi 1,000 meter di atas aras laut. Nama saintifiknya Cyclea barbata.

Pokok Cincau Hijau adalah sejenis tumbuhan pokok menjalar. Batang pokoknya yang boleh mencapai berbelas-belas meter panjangnya mempunyai kulit yang kasar dan berduri. Daunnya berbentuk perisai, dengan permukaan yang berbulu. Bunganya berwarna kuning, dengan buahnya berwarna merah dan berbentuk buah pinggang.


Isi kandungan

[sunting] Perubatan

Daun dan akar Pokok Cincau Hijau dikatakan boleh merawat sakit perut, cirit-birit, tekanan darah tinggi, serta juga demam.

Untuk merawat sakit perut, cirit-birit dan tekanan darah tinggi, daun-daun cincau dipenyekkan dan direbus. Selepas dituras dan dibiarkan sehingga berbentuk agar-agar, santan dan gula kelapa kemudian ditambah. Campuran ini diminum seperti minuman biasa.

Untuk merawat demam, akar Pokok Cincau Hijau dipergunakan. Selepas direndam di dalam air panas dan dituras, airnya diminum.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan