Pokok Krismas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Krismas di rumah orang Denmark.

Pokok Krismas merupakan pokok hiasan, kebiasaannya daripada jenis konifer yang menjadi tradisi dalam perayaan hari Natal. Pokok Krismas tiruan pula adalah objek yang menyerupai sebatang pohon, yang biasanya dibuat daripada polivinil klorida (PVC).

Pokok itu secara tradisinya dihiasi dengan bahan yang boleh dimakan seperti epal, kacang atau kurma. Pada abad ke-18, bahan tersebut kemudiannya digantikan dengan lilin, dimana pada zaman itu belum terdapatnya bekalan elektrik. Kini, pokok Krismas dihiasi dengan pelbagai jenis perhiasan seperti kalungan, jurai dan gula-gula tongkat. Hiasan berbentuk malaikat dan bintang pula diletakkan pada bahagian atas pokok, sebagai simbol kepada malaikat atau Bintang Bethlehem daripada peristiwa kelahiran Jesus.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]