Polis berkuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seorang pegawai polis berkuda menunggang lalu Istana Buckingham, London.

Polis berkuda adalah anggota polis yang meronda sambil menunggang kuda. Polis berkuda masih berkhidmat di kawasan luar bandar terpencil mahupun kawasan kota raya di mana fungsi sehariannya adalah sekadar istiadat atau mengindahkan tempatnya, bahkan mereka juga digunakan untuk mengawal kumpulan ramai kerana mempunyai kelebihan dalam kebebasan bergerak dan ketinggian, malah semakin banyak digunakan di UK untuk mencegah jenayah serta meronda dengan penglihatan yang lebih luas. Penambahan ketinggian dan luas penglihatan yang diberi oleh kuda kepada penunggangnya membolehkan pegawai polis untuk memerhatikan kawasan yang lebih luas, malah membolehkan mereka di kawasan luas itu untuk melihat pegawai berkenaan, sekaligus memudahkan pencegahan jenayah serta menolong orang untuk mencari polis apabila perlu.[1]

Polis berkuda boleh digunakan untuk tugas-tugas khusus seperti meronda taman atau kawasan liar di mana kereta polis sukar untuk masuk atau mendatangkan bisingan, ataupun kawalan rusuhan di mana kuda dengan besar badannya berfungsi menakut-nakutkan mereka yang hendak disuraikan, ataupun boleh dikerah untuk mencekup pengganggu atau pesalah dalam keramaian. Contohnya di UK, polis berkuda sering kelihatan di perlawanan bola sepak, tetapi juga ada di jalan-jalanan di kebanyakan bandar besar sebagai kehadiran polis yang tampak serta pencegah jenayah baik siang mahupun malam. Sesetengah unit polis berkuda terlatih dalam kerja mencari dan menyelamat disebabkan kebolehan kuda untuk melalui tempat yang mustahil bagi kenderaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]