Pondok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pondok di Amazonia, Brazil, dibuat dari jerami dan dibina di atas kaki bajang.

Pondok ialah rumah kecil tanpa bilik yang dibina dari bahan asli seperti papan, jerami atau tanah. Biasanya pondok dibina di tengah sawah atau hutan, sebagai tempat sementara untuk berehat. Pondok bukanlah rumah yang tetap. Oleh itu bahan binaan cukup mudah seperti 4 tiang, bertangga kecil, atap nipah dan tidak berbilik.

Sekolah pondok[sunting | sunting sumber]

Sistem sekolah pondok merujuk kepada sistem sekolah agama Islam di kalangan masyarakat Melayu yang berkonsep asrama. Setiap pelajar sekolah pondok akan duduk di sebuah pondok kecil dan mereka beramal dan teleku menghafal al-Quran. Kaedah pengajaran yang digunakan ialah kaedah hafalan dan mereka yang hafaz akan dipanggil al-hafiz.