Tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah loes di Jerman
Lapisan tanah
Pelajar mempelajari tentang tanah
Penunggang motosikal melalui tanah

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain.

Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah.

Tanah adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai cir-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana hendak menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman.

Bagi tujuan perancangan pertanian maka tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.

Definasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 definasi jelas tanah iaitu pertama, tanah ialah mineral tak kukuh atau bahan organik pada permukaan bumi yang bertindak sebagai satu medium semula jadi untuk pertumbuhan tumbuhan darat.[1]. Ini lain pula bagi ahli jurutera dan geologi. Sudut pandangan ini berbeza kerana mengikut profesion masing-masing dalam mentafsir tanah.

Taksonomi tanah[sunting | sunting sumber]

Siri tanah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat 240 siri tanah yang telah dikenal pasti di semanjung Malaysia.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Apa itu tanah?, Maklumat Tanah, Jabatan Pertanian US.
  2. ^ Panduan siri-siri tanah utama Malaysia. Jabatan Pertanian Daerah Manjung.