Portal:Astronomi/Sejarah/Februari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  • 08 Februari 1974 – Selepas 84 hari berada di angkasa lepas, kakitangan Skylab 4, kru terakhir yang melawat stesen angkasa Amerika Skylab kembali ke Bumi.
  • 12 Februari 2001 – Kuar NASA NEAR Shoemaker mendarat di Eros, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di asteroid.
  • 18 Februari 1930 – Ahli falak Amerika Clyde Tombaugh menemui planet Pluto dengan menggunakan pembanding kerlip pada gambar yang diambilnya pada bulan sebelumnya di Balai Cerap Lowell.
  • 20 Februari 1962 – Projek Mercury: Semasa menaiki kapal angkasa Friendship 7, John Glenn menjadi orang Amerika pertama untuk mengorbit Bumi, membuat tiga orbit dalam masa 4 jam 55 minit.
  • 28 Februari 1997 – GRB 970228, satu sinar gama kilat yang sangat bercahaya, melanda Bumi untuk 80 saat, memberikan bukti awal bahawa letusan sinar gama berlaku jauh di luar Bima Sakti.