Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Februari
Templat:FebruariCalendar2012Source
1 Februari: Imbolc (Hemisfera Utara); Hari St. Brigid (Kristian Barat).
- 1884 – Fasikel pertama Oxford English Dictionary diterbitkan, meliputi perkataan daripada A hingga Ant.
- 1946 – Ahli politik Norway Trygve Lie dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pertama.
- 1957 – Prototaip pertama enjin putaran Wankel (gambar) ciptaan Felix Wankel berfungsi buat kali pertama.
- 2001 – Ibu negara Malaysia dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya, walaupun fungsi perundangan kekal di Wilayah Persekutuan pertama itu.
- 2003 – Bolak-balik angkasa lepas NASA Columbia hancur berkecai di atas Texas ketika masuk semula ke atmosfera Bumi semasa misi ke-28nya.
Hari-hari sebelum: 31 Januari – 30 Januari – 29 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 Februari: Candlemas (Kristian Barat); Hari Groundhog di Amerika Syarikat dan Kanada; Hari Perlembagaan di Filipina (1987).
- 962 – Paus John XII memahkotai Otto Agung sebagai Maharaja Suci Rom.
- 1848 – Perang Amerika Syarikat-Mexico berakhir dengan penandatanganan Perjanjian Guadalupe Hidalgo, yang memberikan Penyerahan Mexico kepada A.S.
- 1925 – Dalam larian serum ke Nome, bekalan perubatan untuk melawan wabak difteria sampai ke Nome, Alaska dengan kereta luncur salji anjing, mengilhamkan Perlumbaan Iditarod.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Pertempuran Stalingrad (gambar) berakhir dengan 91,000 askar Jerman yang letih dan lapar ditawan oleh Tentera Merah Soviet.
- 1990 – Presiden F.W. de Klerk mengisytiharkan berakhirnya Aparteid di Afrika Selatan.
Hari-hari sebelum: 1 Februari – 31 Januari – 30 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 Februari: Setsubun di Jepun; Hari Empat Paderi di Amerika Syarikat.
- 1488 – Penjelajah Portugis Bartolomeu Dias mendarat di Teluk Mossel setelah berlayar mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika.
- 1787 – Pemberontakan Shays dihancurkan, namun berjaya menyebabkan Perlembagaan Amerika Syarikat didraf.
- 1867 – Putera mahkota Mutsuhito menggantikan ayahandanya Kōmei sebagai Maharaja Jepun, dan mengambil gelaran Meiji.
- 1966 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 9 (gambar) menjadi kuar angkasa lepas pertama mendarat di Bulan dan menghantar gambar dari permukaan qamari.
- 1969 – Yasser Arafat menjadi pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Hari-hari sebelum: 2 Februari – 1 Februari – 31 Januari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 Februari: Hari Kemerdekaan di Sri Lanka (1948); Hari Perjuangan Bersenjata di Angola (1961).
- 1703 – 46 daripada 47 Ronin melakukan seppuku di Edo, sebagai pampasan membela kematian tuan mereka Daimyo Akō Asano Naganori.
- 1859 – Constantin von Tischendorf menjumpai semula manuskrip uncial Kodeks Sinai di Biara St. Catherine di kaki Gunung Sinai di Mesir.
- 1899 – Pertempuran Manila meletus, memulakan Perang Amerika Syarikat–Filipina.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Winston Churchill, Franklin D. Roosevelt dan Joseph Stalin bertemu di Persidangan Yalta.
- 1957 – Kapal selam berkuasa nuklear pertama USS Nautilus (gambar) mencapai 60,000 batu nautika, menyamai jarak Nautilus dalam novel Twenty Thousand Leagues Under the Sea.
Hari-hari sebelum: 3 Februari – 2 Februari – 1 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 Februari: Hari Perlembagaan di Mexico (1917); Hari Kashmir di Pakistan.
- 1862 – Domnitor Alexandru Ioan Cuza (gambar) menggabungkan dua prinsipalitinya, Wallachia dan Moldavia, untuk membentuk Prinsipaliti Dunărene, pendahulu Romania kini.
- 1885 – Raja Leopold II dari Belgium mewujudkan Negeri Bebas Congo sebagai jajahan peribadinya di Afrika.
- 1924 – Isyarat Masa Greenwich mula disiarkan setiap jam dari Balai Cerap Diraja, Greenwich oleh BBC.
- 1988 – Hari Hidung Merah yang pertama memungut £15 juta di United Kingdom untuk pertubuhan amal.
- 2004 – Barisan Penentang Artibonite Revolusioner menawan bandar Gonaïves, Haiti, memulakan pemberontakan Haiti.
Hari-hari sebelum: 4 Februari – 3 Februari – 2 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 Februari: Hari Waitangi di New Zealand (1840)
- 1819 – Stamford Raffles (gambar) mengasaskan pusat perdagangan baharu di Singapura untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1922 – Amerika Syarikat, Britain, Itali, Jepun dan Perancis menandatangani Perjanjian Tentera Laut Washington untuk mengehadkan persenjataan tentera laut.
- 1952 – Duchess Edinburgh Elizabeth II mewarisi takhta British selepas kemangkatan ayahandanya George VI.
- 1958 – Penerbangan 609 BEA yang membawa pasukan bola sepak Manchester United nahas ketika cuba berlepas di Munich, Jerman Barat, mengorbankan 23 orang.
- 1959 – Jack Kilby memfailkan paten untuk litar bersepadu yang pertama.
Hari-hari sebelum: 5 Februari – 4 Februari – 3 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 Februari: Hari Kemerdekaan di Grenada (1974)
- 1301 – Gelaran Putera Wales diberikan buat pertama kali kepada bakal raja England, ketika itu Edward dari Caernarvon.
- 1863 – Korvet HMS Orpheus British karam di perairan Auckland, New Zealand, mengorbankan 189 anak kapal.
- 1984 – STS-41-B: Angkasawan NASA Bruce McCandless II menjalankan aktiviti luar kenderaan tidak bertambat yang pertama, menggunakan Manned Maneuvering Unit.
- 1992 – Perjanjian Maastricht ditandatangani di Maastricht, Belanda, membawa kepada penubuhan Kesatuan Eropah.
- 2009 – Kebakaran belukar (gambar) di beberapa kawasan di Victoria, Australia, mengorbankan 173 orang, kematian terbesar akibat kebakaran belukar di Australia.
Hari-hari sebelum: 6 Februari – 5 Februari – 4 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 Februari: Hari Prešeren di Slovenia
- 1587 – Mary I (gambar) dihukum mati di Kastil Fotheringhay kerana terlibat dalam komplot untuk membunuh sepupunya, Ratu Elizabeth I dari England.
- 1849 – Republik Rom diisytiharkan.
- 1904 – Perang Jepun-Rusia bermula dengan serangan mengejut torpedo Jepun ke atas kapal Rusia berhampiran Lüshunkou, kini di China.
- 1969 – Meteorit Allende, kondrit berkarbon terbesar pernah dijumpai di Bumi, jatuh berhampiran Allende, Chihuahua, Mexico.
- 1979 – Kolonel Denis Sassou Nguesso dipilih sebagai Presiden baharu Republik Congo.
Hari-hari sebelum: 7 Februari – 6 Februari – 5 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 474 – Disebabkan Leo II dianggap terlalu muda untuk memerintah, bapanya Zeno dimahkotakan sebagai Maharaja Byzantine bersama.
- 1895 – Di YMCA Holyoke, Massachusetts, William G. Morgan mencipta permainan yang dipanggil Mintonette, asas kepada bola tampar kini.
- 1920 – Perjanjian Spitsbergen ditandatangani, mengiktiraf kedaulatan Norway terhadap kepulauan Svalbard di Artik.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Pertempuran Guadalcanal berakhir, memberikan Pihak Berikat kemenangan strategik penting dalam Perang Pasifik ke atas Jepun.
- 2001 – Kapal selam A.S. USS Greeneville terlanggar kapal latihan Jepun Ehime Maru (gambar bangkai).
Hari-hari sebelum: 8 Februari – 7 Februari – 6 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1258 – Hulagu Khan dan orang Mongol menjarah dan membakar Baghdad, menamatkan pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- 1763 – Britain, Perancis dan Sepanyol menandatangani Perjanjian Paris, mengakhiri Perang Tujuh Tahun dan mengecilkan empayar penjajah Perancis.
- 1840 – Putera Albert dari Saxe-Coburg-Gotha mengahwini Ratu Victoria dari United Kingdom.
- 1964 – Kapal induk Tentera Laut Diraja Australia HMAS Melbourne (gambar) berlanggar dengan kapal pembinasa HMAS Voyager di Teluk Jervis di New South Wales, Australia, mengorbankan lebih 80 anak kapal Voyager.
- 1996 – Komputer catur Deep Blue mengalahkan Johan Catur Sedunia Garry Kasparov dalam satu permainan catur buat kali pertama.
Hari-hari sebelum: 9 Februari – 8 Februari – 7 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 Februari: Hari Penubuhan Negara di Jepun; Hari Kebangsaan di Iran (1979).
- 1873 – Raja Amadeo I turun takhta, mengisytiharkan di Cortes Generales bahawa orang Sepanyol "tidak dapat dikawal", lalu meninggalkan negara itu.
- 1919 – Friedrich Ebert menjadi Reichspräsident pertama Republik Weimar.
- 1929 – Bagi menyelesaikan "Persoalan Rom", Itali dan Holy See Gereja Katolik Rom bersetuju mewujudkan Kota Vatican sebagai satu enklaf berdaulat.
- 1979 – Revolusi Iran: Wangsa Pahlavi runtuh apabila tentera memilih "neutral" selepas pengikut Ayatollah Ruhollah Khomeini (gambar) memberontak.
- 1990 – Aktivis anti-aparteid Nelson Mandela, menjadi banduan politik selama 27 tahun, dibebaskan dari penjara di Paarl, Afrika Selatan.
Hari-hari sebelum: 10 Februari – 9 Februari – 8 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 Februari: Hari Darwin; Hari Tangan Merah.
- 1429 – Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris di bawah John Fastolf berjaya mempertahankan konvoi bekalan tentera mereka daripada serangan Perancis.
- 1502 – Penjelajah Portugis Vasco da Gama mula berlayar dari Lisbon, dalam pelayaran keduanya ke India dengan tujuan memperkukuh kepentingan Portugal di Timur Jauh.
- 1818 – Di bawah pimpinan Bernardo O'Higgins, Chile secara rasminya mengisytiharkan kemerdekaannya dari Sepanyol.
- 1912 – Revolusi Xinhai: Maharaja China terakhir, Puyi (gambar) turun dari takhta, secara rasminya menamatkan Dinasti Qing.
- 2001 – Kuar NASA NEAR Shoemaker mendarat di Eros, menjadikannya kapal angkasa lepas pertama mendarat di atas asteroid.
Hari-hari sebelum: 11 Februari – 10 Februari – 9 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1880 – Thomas Edison mencerap Kesan Edison, yang kemudian menjadi asas diod tiub vakum John Ambrose Fleming.
- 1881 – Pejuang hak mengundi untuk wanita terkemuka Perancis Hubertine Auclert (gambar) melancarkan akhbar kewanitaan La Citoyenne di Paris.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Bomber Command RAF memulakan pengeboman strategik Dresden di Sachsen, Jerman, menyebabkan ribut api yang membunuh ribuan orang awam.
- 1960 – Pengasingan kaum di A.S.: Pelajar kolej Amerika Afrika mengadakan mogok duduk Nashville pertama di tiga kaunter makan di Nashville, Tennessee.
- 2008 – Perdana Menteri Australia Kevin Rudd memohon maaf terhadap orang asli Australia dan generasi yang dirompak.
Hari-hari sebelum: 12 Februari – 11 Februari – 10 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 Februari: Hari Valentine; Hari St. Brigid (Kristian Timur).
- 1876 – Elisha Gray (gambar) dan Alexander Graham Bell masing-masing memfailkan paten untuk telefon.
- 1879 – Angkatan bersenjata Chile menduduki pelabuhan Antofagasta di Bolivia, memulakan Perang di Pasifik.
- 1989 – Sebuah fatwa dikeluarkan untuk hukuman mati Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verses yang dianggap "mengkufuri Islam".
- 2005 – Bekas Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri terbunuh apabila perarakan keretanya diletupkan di Beirut, mencetuskan Revolusi Sedar.
- 2011 – Sebagai sebahagian daripada kebangkitan dunia Arab, bantahan Bahrain 2011 bermula.
Hari-hari sebelum: 13 Februari – 12 Februari – 11 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 Februari: Candlemas dalam Kristian Timur; Hari Bendera di Kanada; Hari Kebangsaan di Serbia.
- 1898 – Kapal tempur Tentera Laut A.S. USS Maine meletup dan karam di Havana, Cuba, hingga mencetuskan Perang Amerika-Sepanyol.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Tentera Jepun pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita menawan "kubu kebal British" Singapura.
- 1971 – Paun sterling British dan Paun Ireland "didesimalkan" pada Hari Perpuluhan.
- 1989 – Kesatuan Soviet mengumumkan secara rasmi bahawa semua askarnya telah berundur dari Afghanistan (gambar).
- 2003 – Jutaan orang di seluruh dunia mengambil bahagian dalam bantahan terbesar dalam sejarah menentang pencerobohan Iraq yang bakal berlaku.
Hari-hari sebelum: 14 Februari – 13 Februari – 12 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 Februari: Hari Taraf Negara di Lithuania (1918)
- 1804 – Leftenan Tentera Laut A.S. Stephen Decatur mengetuai serbuan untuk memusnahkan USS Philadelphia (gambar) yang tertawan di Tripoli.
- 1918 – Majlis Lithuania menandatangani Akta Kemerdekaan Lithuania, yang mengisytiharkan Lithuania sebagai negara bebas.
- 1923 – Howard Carter membuka kamar pengebumian Tutankhamun, Firaun dinasti kelapan belas Mesir.
- 1978 – Sistem papan buletin komputer pertama, CBBS, diasaskan oleh Ward Christensen semasa satu ribut salji di Chicago, Illinois.
- 2005 – Protokol Kyoto, suatu pindaan terhadap perjanjian perubahan iklim antarabangsa, mula berkuatkuasa.
Hari-hari sebelum: 15 Februari – 14 Februari – 13 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1801 – Dewan Perwakilan A.S. melantik Thomas Jefferson sebagai Presiden, meleraikan status seri dalam pilihan raya 1800.
- 1904 – Pementasan perdana Madama Butterfly (gambar poster) arahan Giacomo Puccini diadakan di La Scala Milan, namun tidak mendapat sambutan baik.
- 1959 – Satelit cuaca pertama, Vanguard 2 dilancarkan untuk mengukur taburan litupan-awan.
- 1979 – Sekitar 120,000 askar Tentera Pembebasan Rakyat China menyeberangi sempadan ke utara Vietnam, memulakan Perang China-Vietnam.
- 2003 – Bayaran kesesakan London mula dikenakan bagi pemandu yang memasuki bahagian tertentu di London pada waktu kerja.
Hari-hari sebelum: 16 Februari – 15 Februari – 14 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 Februari: Hari Kemerdekaan di Gambia (1965)
- 1861 – Jefferson Davis dilantik sebagai Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika pertama (dan terakhir).
- 1908 – Bangunan baharu Teater Drama Diraja (gambar) di Stockholm, Sweden dibuka dengan drama Master Olof oleh August Strindberg.
- 1932 – Empayar Jepun menubuhkan Manchukuo, sebuah negeri boneka di timur laut China semasa Perang China-Jepun Kedua.
- 1948 – Persidangan pertama Majlis Raja-Raja Melayu selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dilangsungkan.
- 2003 – Seorang pembakar memulakan kebakaran di atas sebuah kereta api bawah tanah di Daegu, Korea Selatan, membunuh 200 penumpang.
Hari-hari sebelum: 17 Februari – 16 Februari – 15 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 197 – Septimius Severus menewaskan perampas Clodius Albinus dalam Pertempuran Lugdunum, dan mendapat kuasa penuh ke atas Empayar Rom.
- 1594 – Raja Zygmunt III Vasa dari Komanwel Poland–Lithuania dimahkotakan sebagai Raja Sweden.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Darwin, Wilayah Utara, Australia dimusnahkan oleh lebih 240 pesawat pengebom dan pejuang Tentera Laut Empayar Jepun.
- 1986 – Modul pertama stesen angkasa Soviet Mir (gambar) dilancarkan, mewujudkan stesen penyelidikan jangka-panjang pertama di angkasa lepas.
- 2002 – Kuar angkasa lepas NASA Mars Odyssey mula memetakan permukaan Marikh menggunakan sistem pengimejan pancaran haba.
Hari-hari sebelum: 18 Februari – 17 Februari – 16 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 Februari: Hari Presiden di Amerika Syarikat (2012); Hari Keluarga di Kanada (2012).
- 1547 – Edward VI yang berumur sembilan tahun ditabalkan sebagai Raja England dan Ireland.
- 1810 – Patriot Tyrol dan pemimpin pemberontakan menentang Napoleon, Andreas Hofer dihukum mati.
- 1913 – King O'Malley memacak pancang ukur pertama untuk menandakan permulaan kerja pembinaan Canberra, Australia.
- 1959 – Program jet pemintas supersonik Avro CF-105 Arrow di Kanada dibatalkan oleh kerajaan Diefenbaker di tengah-tengah debat politik.
- 1965 – Kapal angkasa lepas Ranger 8 (gambar) berjaya menghantar 7,137 gambar foto bulan semasa 23 minit terakhir misinya sebelum terhempas di Mare Tranquillitatis.
Hari-hari sebelum: 19 Februari – 18 Februari – 17 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 Februari: Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa; Hari Pergerakan Bahasa di Bangladesh; Mardi Gras dan Shrove Tuesday (Kristian Barat, 2012).
- 1613 – Mikhail I dipilih sebulat suara oleh Zemsky Sobor untuk menjadi Tsar, memulakan dinasti Romanov di Empayar Rusia.
- 1804 – Enjin stim atau lokomotif pertama yang bergerak sendiri, dibina oleh Richard Trevithick, berjalan di Wales.
- 1848 – Manifesto Komunis tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels diterbitkan buat pertama kali.
- 1952 – Pembantah di Dhaka, Pakistan Timur ditembak oleh tentera semasa menuntut bahasa Bengali diberikan status sebagai bahasa rasmi.
- 1965 – Nasionalis kulit hitam Malcolm X (gambar) dibunuh di Bandar Raya New York oleh anggota pertubuhan Nation of Islam.
Hari-hari sebelum: 20 Februari – 19 Februari – 18 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 Februari: Hari Kemerdekaan di Saint Lucia (1979); Rabu Abu/Permulaan Lent dalam Kristian Barat (2012).
- 1744 – Perang Warisan Austria: Kapal British mula menyerang belakang armada Perancis-Sepanyol di luar pantai Toulon, Perancis.
- 1876 – Universiti Johns Hopkins (gambar) ditubuhkan di Baltimore, Maryland, dan dinamakan bersempena dermawan Johns Hopkins.
- 1943 – Anggota kumpulan White Rose didapati bersalah mengkhianat dan digilotin oleh rejim Nazi di Jerman.
- 1958 – Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser dan Presiden Syria Shukri al-Quwatli menandatangani pakatan penyatuan untuk membentuk Republik Arab Bersatu.
- 1986 – Tunjuk perasaan aman Revolusi EDSA menentang rejim Presiden Filipina Ferdinand Marcos bermula.
Hari-hari sebelum: 21 Februari – 20 Februari – 19 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 Februari: Hari Pembela Tanah Air di Rusia; Mashramani di Guyana (1970); Hari Kebangsaan di Brunei (1984).
- 1893 – Rudolf Diesel mendapat paten (gambar) untuk enjin diesel.
- 1903 – Perjanjian Amerika Syarikat–Cuba disahkan, membenarkan Amerika Syarikat memajaki Teluk Guantánamo daripada Cuba untuk selama-lamanya.
- 1945 – Joe Rosenthal mengambil gambar foto Raising the Flag on Iwo Jima semasa Pertempuran Iwo Jima, imej yang kemudian dihasilkan semula di Tugu Peringatan Perang Kor Marin A.S.
- 1947 – Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) ditubuhkan.
- 1950 – Darurat Tanah Melayu: Pihak komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong di Johor.
Hari-hari sebelum: 22 Februari – 21 Februari – 20 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 Februari: Hari Kemerdekaan di Estonia (1918); Hari Bendera di Mexico.
- 303 – Maharaja Rom Diocletian memulakan penyeksaan Diocletian, episod terakhir penyeksaan orang Kristian dalam Empayar Rom.
- 1582 – Paus Gregory XIII (gambar) mengeluarkan titah-perintah Inter gravissimas yang mengisytiharkan penggunaan kalendar Gregory, satu ubah suai kalendar Julian.
- 1803 – Keputusan kes Mahkamah Agung A.S. Marbury lwn. Madison mewujudkan kajian semula kehakiman di Amerika Syarikat.
- 1946 – Kolonel Juan Perón terpilih sebagai Presiden Argentina.
- 2006 – Darurat diisytiharkan di Filipina, selepas satu rampasan kuasa terhadap Presiden Gloria Macapagal-Arroyo digagalkan.
Hari-hari sebelum: 23 Februari – 22 Februari – 21 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 Februari: Hari Pendudukan Soviet di Georgia (1921); Hari Kebangsaan di Kuwait (1950).
- 1570 – Paus Pius V (gambar) mengeluarkan titah-perintah Regnans in Excelsis yang mengucilkan Ratu Elizabeth I dan pengikutnya dalam Gereja England.
- 1836 – Samuel Colt mendapat paten untuk sejenis "senjata api berputar", kemudiannya dikenali sebagai revolver.
- 1921 – Tentera Merah Soviet menduduki Republik Demokratik Georgia, mengilhakkannya ke dalam Republik Sosialis Soviet baru.
- 1951 – Sukan Seluruh Amerika pertama bermula di Buenos Aires, Argentina.
- 1986 – Revolusi EDSA: Corazon Aquino dilantik sebagai Presiden Filipina, selepas Ferdinand Marcos melarikan diri.
Hari-hari sebelum: 24 Februari – 23 Februari – 22 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 Februari: Hari Pembebasan di Kuwait (1991); Ayyám-i-Há bermula (Bahai).
- 1266 – Raja Manfred dari Sicily terbunuh dalam Pertempuran Benevento semasa melawan angkatan Angevin pimpinan Charles dari Anjou.
- 1815 – Seratus Hari: Napoleon Bonaparte (gambar) melarikan diri daripada buangan di pulau Elba, Itali.
- 1935 – Di Daventry, England, Robert Watson-Watt menunjukkan cara penggunaan radar.
- 1991 – Pelayar web dan penyunting HTML pertama di dunia, WorldWideWeb diperkenalkan oleh Tim Berners-Lee.
- 1993 – Sebuah van berisi bom meletup di tempat letak kereta bawah tanah World Trade Center di Bandar Raya New York.
Hari-hari sebelum: 25 Februari – 24 Februari – 23 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 Februari: Hari Kemerdekaan di Republik Dominika (1844)
- 1594 – Henry IV dari Perancis dimahkotakan sebagai Raja di Katedral Chartres berdekatan Paris, memulakan wangsa Bourbon.
- 1617 – Sweden menandatangani Perjanjian Stolbovo untuk mengakhiri Perang Ingria dengan Rusia, dan mendapat pemilikan wilayah yang banyak.
- 1801 – Ibu negara Amerika Syarikat, Washington, D.C. diletakkan di bawah bidang kuasa Kongres.
- 1933 – Bangunan Reichstag di Berlin dibakar (gambar), menjadi satu titik penting dalam penubuhan rejim Nazi di Jerman.
- 1996 – Francais Pokémon dilancarkan dengan versi pertama permainan itu, Poketto Monsutā Aka Midori.
Hari-hari sebelum: 26 Februari – 25 Februari – 24 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 Februari: Hari Peringatan Kedamaian di Taiwan; Hari Guru di negara Arab.
- 1838 – Pemberontakan Kanada Hilir: Pemimpin Patriote Robert Nelson mengisytiharkan kemerdekaan Kanada Hilir.
- 1900 – Perang Boer Kedua: Pengepungan Ladysmith berakhir selepas 118 hari dengan kemenangan British.
- 1935 – Bekerja dengan DuPont, Wallace Carothers mencipta nilon.
- 1972 – Lawatan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ke Republik Rakyat China berakhir dengan pengeluaran Kenyataan Shanghai, yang berjanji berusaha memperbaiki hubungan diplomatik antara kedua-dua negara (gambar pemimpin).
- 1986 – Perdana Menteri Sweden Olof Palme dibunuh di Stockholm.
Hari-hari sebelum: 27 Februari – 26 Februari – 25 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 Februari: Hari lompat dalam kalendar Gregory
- 1704 – Angkatan Perancis dan orang asli Amerika bergabung memusnahkan Deerfield, Massachusetts semasa Perang Ratu Anne.
- 1712 – 29 Februari diikuti oleh 30 Februari di Sweden, semasa dalam proses memansuhkan kalendar Sweden (gambar).
- 1940 – Hattie McDaniel menjadi orang Amerika Afrika pertama memenangi Oscar.
- 1944 – Perang Pasifik: Kempen Kepulauan Admiralti bermula apabila tentera Amerika Syarikat menyerang pangkalan Jepun di Pulau Los Negros.
- 2004 – Jean-Bertrand Aristide meletak jawatan sebagai Presiden Haiti selepas satu pemberontakan popular.
Hari-hari sebelum: 28 Februari – 27 Februari – 26 Februari
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah