Portal:Hal semasa di Malaysia/2006
2006[sunting sumber]
- Sultan Mizan Zainal Abidin dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong bermula 13 Disember 2006 manakala putera sulungnya, Tengku Muhammad Ismail dilantik menjadi pemangku Sultan Terengganu.
- Kumpulan Rufaqa diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.
- Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Mohamed Khir Johari meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Kondominium Suasana Sentral, Brickfield.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak menghalang bacaan ayat suci al-Quran dan azan digunakan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia tidak menyalahi hukum syarak dan agama. Berita Harian
- Keadaan jerebu yang telah melanda Malaysia mula reda pada awal Oktober.