Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
7 Ogos : Israel mengusir penetap Yahudi dari Hebron . Beberapa ahli beragama dari Tentera Israel enggan untuk menyertai dan telah dihukum hingga sebulan dalam penjara tentera . (AFP via ABC News Australia)
21 Mei : Untuk berhari, roket telah berterusan dilancarkan ke Israel Selatan, terutamanya dituju ke bandar Sderot dari Gaza . Kini, seorang wanita telah terbunuh, manakala ramai lagi telah cedera, (YnetNews )
7 Mei : Universiti Ibrani dari Baitulmuqaddis mengumumkan ia telah menemui kubur dan makam Raja Herod , yang memerintah Judea untuk empayar Rom dari sekitar 37 SME , pada Herodium , 12 km selatan Baitulmuqaddis .(Haaretz , Ynetnews )
2 Mei : Suruhanjaya Winograd mengkritik kerajaan Israel yang menyalahkendali Perang Lubnan 2006 , mencetuskan tunjuk perasaan di Tel Aviv dan panggilan untuk Perdana Menteri Ehud Olmert dan Menteri Pertahanan Amir Peretz untuk letak jawatan.