Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
מדינת ישראל Medīnaṭ Yisrā'el
دولة إسرائيل Dawlat Isrā'īl
Negara Israel
نڬارا إسرائيل
Bendera Jata
Lagu: Hatikvah
Harapan
Ibu negara Tel Aviv
31°47′N, 35°13′E
Bandar terbesar Tel Aviv-Yafo
Bahasa rasmi Bahasa Ibrani, Arab
Kerajaan Republik Demokrasi berparlimen
 -  Presiden Reuven Rivlin
 -  Perdana Menteri Benjamin Netanyahu
Kemerdekaan daripada Mandat British Palestin
 -  Pengisytiharaan 14 Mei 1948 (05 Iyar 5708) 
 -  Perairan (%) ~2%
Populasi
 -  2007 (anggaran) 8,134,100 2 (96)
 -  1995 (anggaran) 5,548,523
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah $177.3 billion (47)
 -  Per kapita $26,200 (28)
HDI (2006) 0.927 (amat tinggi / 23)
Mata wang Sheqel Israel Baru (₪) (NIS)
Zon waktu IST (UTC+2)
 -  Musim panas (DST)  (UTC+3)
Kod panggilan 972
Internet TLD .il
1 Sisihkan / MasukkanDataran Golan dan Baitulmuqaddis.
2 Termasuk penduduk Israel di Tebing Barat.
Peta Israel

Israel (Ibrani: יִשְׂרָאֵל, Yisra'el), rasminya Negara Israel (Ibrani: Mengenai bunyi ini מְדִינַת יִשְׂרָאֵל , Medinat Yisra'el; Bahasa Arab: دَوْلَةْ إِسْرَائِيل‎, Dawlat Isrā'īl), adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadanikan Palestin di sebelah timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. [1] Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang. [2] Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama (lihat juga Orang Israel.)

Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dimana di dalam kepercayaan kristian musuh itu adalah tuhan yang sedang menyamar.. [3] Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite). Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang. Sejarah Israel ada juga yang diseleweng tetapi secara tepatnya asal usul Bani Isra'il ini telah dikupas secara lengkap di [1].

Negara moden dinamakan Negara Israel. Cadangan-cadangan nama yang ditolak termasuk Eretz Israel, Zion, Judea dan Judea Baru. [4] Penggunaan istilah rakyat Israel untuk merujuk kepada seorang warganegara Israel diputuskan oleh Kerajaan Israel dalam minggu-minggu selepas kemerdekaan, dan diumumkan oleh Menteri Luar Negeri, Moshe Shertok.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Israel

Akar umbi sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Kanaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, [6] tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Sulaiman Kedua, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden. [7] Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.

Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestina Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini. [8] Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantine pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Omayyad dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.

Zionisme dan Immigrasi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Zionisme dan Aliyah

Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia di Baitulmauqaddis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atau Aliyah (עלייה) Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258 dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis. [9]

Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.

Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.

Theodor Herzl (18601904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.

Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.

Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu rujukan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.[perlu rujukan] Wilayah selatan Israel yang besarnya hampir setengah dari keluasan negara Israel adalah tandus dan secara kasarnya adalah padang pasir yag kosong, panas dan tanpa penduduk iaitu di Padang Pasir Negev. Berikutan peristiwa Holocaust di Eropah, ia menyebabkan pertambahan imigrasi tidak sah dari bahagian-bahagian lain di Eropah. Pada penghujung Perang Dunia II, jumlah populasi orang Yahudi di Palestin kira-kira 600,000 orang.

In 1939, the British introduced a White Paper of 1939, which limited Jewish immigration over the course of the war to 75,000 and restricted purchase of land by Jews, perhaps in response to the 1936-1939 Arab revolt in Palestine. The White Paper was seen as a betrayal by the Jewish community and Zionists, who perceived it as being in conflict with the Balfour Declaration of 1917. The Arabs were not entirely satisfied either, as they wanted Jewish immigration halted completely. However, the White Paper guided British policy until the end of the term of their Mandate. As a result, many Jews fleeing to Palestine to avoid Nazi persecution and the Holocaust were intercepted and returned to Europe. Two specific examples of this policy involved the ships Struma and Exodus (which was carrying holocaust survivors, in 1947).[10]

These attempts by Jews to circumvent the blockade and flee Europe became known as Aliya Beth.

Penubuhan Negara[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.

Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Daerah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Israel

Geografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Israel

Israel bersempadan dengan Lubnan di utara, Syria, Jordan dan Tebing Barat di timur dan Mesir serta Jalur Gaza di barat laut. Laut Mediterranean terletak di baratnya manakala Teluk Aqaba terletak di selatan.


Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Israel

Demografi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Israel

Budaya[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Israel

Perang Israel[sunting | sunting sumber]

Di bawah adalah daftar perang di mana Israel terlibat.

  • 1948 Perang Kemerdekaan Israel
  • 1956 Perang Terusan Suez
  • 1967 Perang 6 Hari
  • 1973 Perang Yom Kippur
  • 1982 Perang Lubnan
  • 1987 Intifadah
  • 1991 Perang Teluk (Perang Iraq)
  • 2000 Intifadhah al-Aqsa
  • Krisis Israel-Lubnan 2006

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.mfa.gov.il/mfa/facts%20about%20israel/land/
  2. "CBS, STATISTICAL ABSTRACT OF ISRAEL 2006". Israeli Central Bureau of Statistics. 2006. http://www1.cbs.gov.il/shnaton57/st02_07x.pdf. Capaian 2006-10-02. 
  3. this adversary was "a man", and later "God" according to Genesis 32:24–30; or "the angel", according to Hosea 12:4
  4. The Palestine Post December 7, 1947, page 1. "Popular Opinion" column.
  5. "On the Move", TIME Magazine, May 31, 1948. 
  6. "The Stones Speak: The Merneptah Stele". http://www.ebonmusings.org/atheism/otarch2.html#merneptah. Capaian 2006-04-08. 
  7. "The Land of Israel". http://www.jewfaq.org/israel.htm. Capaian 2006-04-08. 
  8. Lehmann, Clayton Miles (Summer 1998). "Palestine: History: 135-337: Syria Palaestina and the Tetrarchy". The On-line Encyclopedia of the Roman Provinces. University of South Dakota. Diarkibkan daripada yang asal pada 2000-06-21. http://web.archive.org/web/20000621154528/http://www.usd.edu/erp/Palestine/history.htm#135-337. Capaian 2006-07-19. 
  9. Benzion Dinur, "The Messianic Fermentation and Immigration to the Land of Israel from the Crusades until the Black Death, and Their Ideological Roots," di dalam Benzion Dinur, Historical Writings (Jerusalem: Mosad Bialik, 1975), jilid ii. , Elhanan Reiner, Pilgrims and Pilgrimage to the Land of Israel, 1099-1517, disertatasi kedokotoran, Universiti Ibrani Jerusalem, 1988
  10. "WHITE PAPER". [www.IsraelToday.co.il]. 2005-10-09. http://www.israeltoday.co.il/Default.aspx?tabid=139&view=item&idx=726. Capaian 2006-10-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Israel.