Post Malone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Post Malone
Malone di Anugerah Muzik Amerika 2019
Kelahiran
Austin Richard Post

(1995-07-04) 4 Julai 1995 (umur 28)[1]
Syracuse, New York, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • rapper
  • penerbit rakaman
Tahun aktif2013–kini[2]
Kampung asalGrapevine, Texas, Amerika Syarikat
Nilai bersih$14 juta[3]
Kerjaya muzik
Berasal dariLos Angeles, California, Amerika Syarikat
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Syarikat rakaman
Republic
Pengkarya berkait
Laman sesawang
postmalone.com
Tandatangan

Austin Richard Post (lahir 4 Julai 1995),[1] atau lebih terkenal sebagai Post Malone, ialah penyanyi-penulis lagu, rapper dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi penulisan lagunya yang introspektif dan gaya vokal yang singkat, Malone mendapat pujian kerana mempelbagaikan genre termasuk country, grunge, hip hop, dan R&B. Beliau pertama kali menerima penghargaan pada tahun 2015 menerusi single sulungnya "White Iverson".[4] Beliau kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama Republic Records.[5]

Album sulung Malone Stoney (2016) berjaya secara komersial dan menampilkan single hit "Congratulations".[6] Pada tahun 2018, album ini memecahkan rekod untuk minggu terbanyak di carta lagu Amerika Syarikat Billboard Top R&B/Hip-Hop Albums selepas mencapai minggu ke-77 di carta lagu.[7] Album keduanya, Beerbongs & Bentleys (2018), menduduki nombor satu di Billboard 200 dan memecahkan beberapa rekod penstriman sewaktu dikeluarkan.[7] Menampilkan single nombor satu Billboard Hot 100 "Rockstar" dan "Psycho", album ini dicalonkan untuk Album Tahun Ini di Anugerah Grammy 2018.

Malone telah menerima pensijilan Berlian oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) untuk "Congratulations".[8] Anugerah yang telah diterimanya termasuk tiga Anugerah Muzik Amerika, satu Anugerah Muzik Billboard, dan satu Anugerah Muzik Video MTV. Selain itu, beliau telah menerima enam pencalonan Anugerah Grammy sepanjang kerjayanya.[9]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Austin Malone dilahirkan pada 4 Julai 1995[1] di Syracuse, New York.[10][11] Beliau dibesarkan kepada Rich Post, seorang DJ, dan ibu tirinya, Jodie Post. Keluarga mereka berpindah ke Grapevine, negeri Texas ketika Austin berusia 9 tahun[12] mengikuti kerja baru ayahnya yang menjadi pengurus kedai runcit stadium rumah pasukan forDallas Cowboys.[13][14]

Kerja bapa Austin banyak mendedahkannya kepada pelbagai aneka genre muzik termasuk hip hop, country dan rock.[15] Beliau turut menaruh minat bermain gitar dari kegiatannya bermain permainan video Guitar Hero.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, Malone berkolaborasi dengan Swae Lee menerusi lagu "Sunflower" merunut bunyi filem Spider-Man: Into the Spider-Verse, yang tersenarai di carta Hot 100. Beliau kemudian mengadakan festivalnya sendiri, Posty Fest, yang berlangsung di Dos Equis Pavilion pada 28 Oktober.[16] Album ketiganya, Hollywood's Bleeding, mengetengahkan pop indie dan dikeluarkan pada akhir 2019.[17] Album ini menjadi album nombor satu keduanya di Billboard 200 dan menampilkan single Hot 100 nombor satu "Circles".[18]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018 Spider-Man: Into the Spider-Verse Brooklyn Bystander (suara) Kameo, juga penyumbang runut bunyi
2020 Spenser Confidential Squeeb
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2017–19 FishCenter Live Diri sendiri 2 penampilan
Tetamu muzik[19][20]
2018 Ghost Adventures Diri sendiri "The Slaughter House"

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Jelajah[sunting | sunting sumber]

Artis utama

Artis pembuka

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Herbert, Geoff (October 20, 2017). "Rapper Post Malone's father talks Syracuse roots, musical influences—and haters". syracuse.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2019. Dicapai pada April 1, 2019.
  2. ^ "Bob Dylan Don't Think Twice, It's All Right Cover—Austin Richard". October 6, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2018. Dicapai pada January 7, 2019 – melalui YouTube.
  3. ^ "Post Malone's Net Worth Is Impressive—Here's How the 'Rockstar' Made His Riches". Parade (magazine). February 20, 2020. Dicapai pada June 9, 2020.
  4. ^ "White Iverson by Post Malone". SoundCloud. Post Malone. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2015. Dicapai pada October 3, 2015.
  5. ^ Schwartz, Danny (August 14, 2015). "Post Malone Signs With Republic Records". HotNewHipHop. Diarkibkan daripada yang asal pada October 4, 2015. Dicapai pada October 3, 2015.
  6. ^ Fitzmaurice, Larry (2018-07-25). "What If Post Malone Is Here Forever?". Vulture (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2019. Dicapai pada 2019-12-20.
  7. ^ a b Wang, Amy X. (August 18, 2018). "Post Malone Broke a 34-Year-Old Michael Jackson Record. How?". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2018. Dicapai pada August 19, 2018.
  8. ^ "Post Malone & Quavo's "Congratulations" Certified Diamond". HotNewHipHop. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2019. Dicapai pada June 12, 2019.
  9. ^ "Post Malone". GRAMMY.com. May 12, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2019. Dicapai pada June 12, 2019.
  10. ^ Blackburn, H. Drew (June 23, 2015). "Post Malone's Homecoming". Pigeons & Planes. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2015. Dicapai pada October 17, 2015.
  11. ^ "Post Malone on Twitter: "I've never been anyone except for Austin Richard Post. i ain't never fold/break."". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada January 21, 2017. Dicapai pada May 29, 2016.
  12. ^ h3h3Productions (May 22, 2017). "H3 Podcast #7 – Post Malone & Joji" (Audio siar). Peritiwa berlaku pada 11:48. Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2019. Dicapai pada August 11, 2017.
  13. ^ Valentine, Claire (October 6, 2017). "Post Malone on Memes, Bieber Fans, and the Importance of Beer". PAPER. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2017. Dicapai pada November 19, 2017.
  14. ^ Figman, Adam (April 30, 2015). "The New 3". SLAMonline. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2015. Dicapai pada October 3, 2015.
  15. ^ "Rapper Post Malone's father talks Syracuse roots, musical influences -- and haters". syracuse.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2017. Dicapai pada December 1, 2017.
  16. ^ "Post Malone's Posty Fest 2018: Tyler, the Creator and Travis Scott to Perform". Pitchfork (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2019. Dicapai pada 2019-12-20.
  17. ^ Editor // @grantlan0145, Grant Lancaster // Digital Managing. "Post Malone Album Brings Indie-Pop Flair, Other Singles Not Quite There". The Arkansas Traveler (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2019. Dicapai pada 2019-12-20.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  18. ^ "Post Malone Announces New Album 'Hollywood's Bleeding'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2019. Dicapai pada September 4, 2019.
  19. ^ Argyle, Samuel (March 29, 2019). "A fantasy getaway in a fish tank". The Outline. theoutline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 30, 2019. Dicapai pada March 30, 2019.
  20. ^ Rossignol, Derrick (November 1, 2017). "Post Malone Went On Adult Swim's Absurd 'FishCenter' Web Show And Got Bitten By A Fish". Uproxx. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2017. Dicapai pada March 30, 2019.
  21. ^ Young, Alex (February 20, 2018). "Post Malone announces 2018 tour dates with 21 Savage and SOB X RBE". Consequence of Sound. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2019. Dicapai pada July 19, 2019.
  22. ^ Puckett, Lily (February 20, 2018). "Post Malone and 21 Savage announce tour dates". Fader. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2019. Dicapai pada July 19, 2019.
  23. ^ Hightower, Brendel (July 15, 2019). "Post Malone announces Swae Lee will join his Runaway Tour, which starts in September". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2019. Dicapai pada July 19, 2019.
  24. ^ Renshaw, David (July 15, 2019). "Post Malone and Swae Lee are going on tour together". Fader. Diarkibkan daripada yang asal pada July 19, 2019. Dicapai pada July 19, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]