Inskripsi Nalanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Prasasti Nalanda)

Inskripsi Nalanda merujuk kepada satu inskripsi di atas plat tembaga yang ditemui di Universiti Nalanda, Bihar, India. Inskripsi bertarikh 860 masihi ini ditulis dalam tulisan Devanāgarī dan Proto-Bengal.

Inskripsi ini menyatakan tentang Raja Devapaladeva dari Bengala yang memperkenan permintaan Sri Maharaja Suvarnadvipa untuk membina sebuah kuil Buddha berhampiran Bodh Gaya. Maharaja Suvarnadvipa ini dikenali sebagai Balaputradewa dari Wangsa Sailendra di Javabhumi, yang disebut dalam inskripsi ini sebagai cucu kepada Śailendravamsatilaka (permata kerabat Śailendra) yang memakai gelaran Śrīviravairimathana (pembunuh perwira musuh).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cœdès, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-0368-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]