Devanāgarī

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abugida Devanāgarī
Jenis: Abugida
Bahasa: Sebilangan bahasa India Utara, termasuk Sanskrit, Bangla, Hindi, Marathi, Sindhi, Bihari, Bhili, Konkani, Bhojpuri, Nepal Bhasa dan Nepali dari Nepal dan kadang-kala bahasa Kashmir
Tempoh: ~1200 Masihi—kini
Sistem penulisan induk: Proto-Sinaitic
 Phoenicia
  Aramia
   Brāhmī
    Skrip Gupta
     Siddham
      Abugida Devanāgarī
Kod ISO 15924: Deva
Rigveda MS2097.jpg
Manuskrip Rigveda dalam skrip Devanāgarī (awal abad ke-19)

 

Devanāgarī (देवनागरी) ialah sejenis skrip abugida yang digunakan untuk menulis sebilangan bahasa-bahasa India, termasuk bahasa Sanskrit, Bangla, Hindi, Marathi, Sindhi, Bihari, Bhili, Marwari, Konkani, Bhojpuri, bahasa-bahasa Nepal seperti bahasa Nepal, Tharu Nepal Bhasa dan kadang-kala bahasa Kashmir. Devanāgarī ditulis dan dibaca dari kiri ke kanan.


Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Devanāgarī pertama kali digunakan sekitar tahun 1200 Masihi setelah berevolusi daripada skrip Siddham, secara perlahan-lahan menggantikan skrip Sharada (dan masih digunakan secara selari di Kashmir). Kedua-dua skrip tersebut merupakan keturunan langsung skrip Gupta yang turut berasal daripada skrip Brāhmī seperti yang dibuktikan sejak abad ke-3 SM; Nāgarī muncul lebih kurang pada abad ke-8 sebagai variasi timur skrip Gupta yang lebih lanjut berbanding Sharada, variasi baratnya. Keturunan-keturunan Brahmi membentuk famili Brahmik, termasuk huruf-huruf yang digunakan untuk kebanyakan bahasa Asia Selatan dan Tenggara yang lain.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Meroitik 3 SM
Salasilah lengkap

Nāgarī dari bahasa Sanskrit ialah bentuk feminin bagi nāgara "urban", iaitu satu derivatif vrddhi berbentuk adjektif dari nagara "kota"; bentuk feminin ini digunakan kerana aplikasi asalnya untuk membolehkan kata nama feminin lipi "skrip" ("skrip urban", iaitu tulisan orang bertamadun). Terdapat beberapa variasi nama yang digunakan, salah satunya dibezakan dengan membubuh awalan deva "dewa" untuk membentuk kata majmuk tatpurusha yang bermaksud "[skrip] kota dewa-dewi" ataupun "tulisan kota suci". namun begitu, penggunaan nama "Devanāgarī" secara meluas ialah fenomena yang agak baru; bermula menjelang abad ke-20, dan sehinggalah hari ini, sekadar nama Nāgarī diterima untuk menggelar skrip yang sama ini. Penggunaan nama Devanāgarī yang kian meluas juga kelihatan berkaitan dengan penggunaan eksklusif skrip ini sewaktu zaman penjajahan untuk menerbit karya-karya bahasa Sanskrit, meskipun secara tradisional hampir kesemua skrip-skrip tempatan telah betul-betul digunakan untuk bahasa ini. Ini mencetuskan kewujudan hubungan yang sebegitu rapat antara skrip ini dan bahasa Sanskrit sehingga hari ini skrip Devanāgarī sering tersilap tafsir sebagai "huruf Sanskrit".

Aksara Devanāgarī[sunting | sunting sumber]

Vokal[sunting | sunting sumber]

Aksara Transliterasi Sebutan (IPA)
Tunggal Bersandar Bersandar
kepada प
IAST ITRANS Sanskrit Hindi
Barat[1]
Bhojpuri[2] Marathi[3]
a a ə a ə
पा ā A a
ि पि i i i ɪ i
पी ī I
पु u u u ʊ u
पू ū U
पे e e e, e
पो o o οː o, οː o
पै ai ai əi æː ɛː əi
पौ au au əu ɔː əu
पृ R ɻ ɾɪ ɾu
पॄ RR ɻː
पॢ LR ɭ
पॣ LRR ɭː
पॅ æ
पॉ ɔ
  • Yang dipaparkan di atas merupakan sebutan setiap aksara dalam bahasa Sanskrit serta tiga bahasa Indo-Arya moden: bahasa Hindi Barat, Bhojpuri, dan Marathi.
  • Vokal tidak bundar hadapan separa terbuka pendek (/ɛ/) tidak mempunyai simbol atau diakritik dalam sesetengah penggunaan skrip Devanāgarī. Dalam sesetengah dialek Hindi, vokal tersebut diluahkan sebagai variasi alofon bagi schwa yang dihasilkan sebelum bunyi-bunyi seperti ha; eg., रहना disebut sebagai /rɛhnä:/ dan bukannya /rəhənä:/.
  • Vokal bundar belakang separa terbuka pendek (/ɔ/) secara lazimnya tidak berlambang dalam Devanāgarī, tetapi satu simbol baru telah direka untuknya bagi menandakan sebutan kata poinjaman dari bahasa Inggeris: , eg. पॉ.

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut memaparkan matriks Sanskrit tradisional bagi aksara konsonan teras, beserta transkripsi IAST dan IPAnya. Sungguhpun set bunyi ini masih kekal bentuknya bagi kebanyakan aksaranya, perubahan atau sebutan alternatif disertakan dalam medan-medan berkenaan, dengan sebutan bahasa Sanskrit menjadi yang atas. Semua aksara konsonan menerapkan vokal neutral schwa.

Plosif Sengauan Sonoran Geseran
Tidak bersuara Bersuara
Tidak beraspirasi Beraspirasi Tidak beraspirasi Beraspirasi Tidak berusara Berusara
Velum ka kha kʰə ga ɡə gha ɡʱə ṅa ŋə ha ɦə
Lelangit ca tʃə
tsə
cha tʃʰə
tsʰə
ja dʒə
dzə
jha dʒʱə
dzʱə
ña ɲə ya śa ɕə
ʃə
Gelungan ṭa ʈə ṭha ʈʰə ḍa ɖə ḍha ɖʱə ṇa ɳə ra ɹə
ɾə
ṣa ʂə
ʃə
Gigi ta t̪ə tha t̪ʰə da d̪ə dha d̪ʱə na la sa
Bibir pa pha pʰə ba bha bʱə ma va ʋə

Pada penghujung jadual huruf tradisional, dua aksara gugusan juga ditambah, seperti dalam jadual berikut. turut dipaparkan di atas aksara-aksara tadi ialah satu lagi aksara yang digunakan dalam bahasa Sanskrit Veda, bahasa Marathi, dan Rajasthani.

Transliterasi Sebutan (IPA)
IAST ITRANS Sanskrit Hindi Marathi
ḷa La /ɭə/
क्ष kṣa kSha /kʂə/ /kʃə/
ज्ञ jña jña /dʒɲə/ /ɡjə/ /dnjə/

Tiada bentuk baru yang dirumuskan di luar set Sanskrit. Perkembangan dalaman dan pinjaman dari bahasa luar (iaitu bahasa Farsi) diuruskan melalui penggunaan diakritik pada aksara-aksara sedia ada, iaitu nukta atau bindu ("titik") di bawah aksara. Penyesuaian ini merupakan titik di bawah aksara yang mewakili bunyi hampir serupa yang terdekat. Ini tidak disertakan dalam penyenaraian tradisional. Adalah diingatkan bahawa kedua-dua ऋ dan ड़ menggunakan dalam IAST.

ITRANS IPA
क़ qa /qə/
ख़ Ka /xə/
ग़ Ga /ɢə/
ज़ za /zə/
फ़ fa /fə/
य़ Ya /ʒə/
ड़ .Da /ɽə/
ढ़ .Dha /ɽʱə/

Konsonan implosif bahasa Sindhi disesuaikan dengan membubuh garis bawah.

Implosif
Bersuara
Velum /ɠə/
Lelangit /ʄə/
Gusi /ɗə/
Bibir /ɓə/

Gugusan konsonan[sunting | sunting sumber]

Gugusan ddhrya dari JanaSanskritSans.

Gugusan dua atau lebih konsonan direalsisasikan dengan mengabungkan aksara-aksara menjadi huruf kembar. Biasanya, aksara yang awal tergugur strok menegaknya lalu disentuhkan dengan aksara selepasnya. bagi aksara-aksara yang tiada strok menegak dalam bentuk tunggalnya, aksara berikutnya biasanya terletak di bawah aksara awalnya. Dalam sesentengah kes, huruf kembar ini mengambil bentuk yang tidak boleh dicam secara terus sepertimana bentuk aksara individu (e.g. <jñ>). Gugusan konsonan yang melibatkan <r> tergolong di bawah kes has: awalan <r-> ditulis sebagai cangkuk di atas aksara berikutnya yang matanya menghala ke kanan, manakala akhiran <-r> ditulis sebagai strok condong yang terlekat pada strok menegak aksara sebelumnya. Secara serupanya bagi gugusan /XYZa/, kedua-dua X dan Y perlu "dipotong menjadi separuh". Terdapat pelbagai variasi bagi gugusan konsonan sedemikian dalam skrip Devanāgarī. Sistem paling kerap digunakan dipaparkan di bawah bagi jadual tradisi. Di sini konsonan kedua merupakan n, disusuli dengan a /ə/.

ka-group क्न
/knə/
ख्न
/kʰnə/
ग्न
/gnə/
घ्न
/gʱnə/
ङ्न
/ŋnə/
cha-group च्न
/cnə/
छ्न
/cʰnə/
ज्न
/ɟnə/
झ्न
/ɟʱnə/
ञ्न
/ɲnə/
Ta-group ट्न
/ʈnə/
ठ्न
/ʈʰnə/
ड्न
/ɖnə/
ढ्न
/ɖʱnə/
ण्न
/ɳnə/
ta-group त्न
/t̪nə/
थ्न
/t̪ʰnə/
द्न
/d̪nə/
ध्न
/d̪ʱnə/
न्न
/nnə/
pa-group प्न
/pnə/
फ्न
/pʰnə/
ब्न
/bnə/
भ्न
/bʱnə/
म्न
/mnə/
ya-group य्न
/ynə/
र्न
/rnə/
ल्न
/lnə/
व्न
/ʋnə/
va-group श्न
/ɕnə/
ष्न
/ʂnə/
स्न
/snə/
ह्न
/ɦnə/

Diakritik[sunting | sunting sumber]

  • (anusvāra), disebut /ⁿ/ (IAST: ) digunakan untuk menyengaukan bunyi vokal dalam suatu suku kata, iaitu alofon akhiran kata bagi /m/ dan /n/. Tanda diakritik (chandrabindu/anunāsika) digunakan dalam sesetengah shakha di tempat anusvāra bagi sesetengah konteks fonetik.
  • अः (visarga), disebut /əh/ (IAST: ) ialah alofon akhiran kata bagi /s/ dan /r/.
  • Jika suatu konsonan tunggal perlu ditulis tanpa apa-apa bunyi vokal berikutnya, maka huruf berkenaan diberi tanda halanta/virāma di bawah (प्).
  • Avagraha ऽ digunakan dalam variasi barat untuk menandakan elisi awalan kata /a/ dalam bentuk sandhi.

Tanda baca[sunting | sunting sumber]

Tanda pic dalam bahasa Sanskrit Veda ditulis dengan pelbagai simbol bergantung kepada shakha. Dalam Rigveda, anudatta ditulis dengan bar di bawah garis (॒), svarita dengan strok di atas garis (॑) manakala udatta tidak bertanda.

Angka[sunting | sunting sumber]

Angka Devanāgarī
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Masica 1991, pp. 110-111)
  2. (Shukla 2001, p. 87)
  3. (Southworth 2001, p. 472)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai

Atur huruf elektronik[sunting | sunting sumber]

Mukataip[sunting | sunting sumber]

Dokumentasi[sunting | sunting sumber]

Alatan dan aplikasi[sunting | sunting sumber]