Prestasi Ringgit 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prestasi Matawang Ringgit 2015 jatuh sedekat rendah berdasarkan Penarafan Fitch untuk memutuskan samada layak atau tidak kadar matawang diturun tarafkan. Manakala Greece pula berpotensi keluar dari nilai Euro berikutan peningkatan nilai permintaan dalam Dolar Amerika Syarikat.[1]

Fitch, sebelum itu telah menarafkan matawang ringgit sebagai A-, taraf keempat terendah dalam makanisma pelaburan. Menurut Ketua Penyelidik Pertukaran Wang Asing di Malayan Banking Berhad cawangan Singapura, Saktiandi Supaat, “Kebimbangan ke atas tindakan Fitch terus mempengaruhi sentimen, persekitaran risiko luar yang dicetuskan oleh Greece juga tidak membantu.”[2]

Sehingga 29 Jun 2015, nilai ringgit jatuh kepada 0.4 peratus kepada RM 3.7843 sedolar di Kuala Lumpur, data yang diperolehi oleh Bloomberg menunjukkan ia jatuh ke paras RM 3.7887 sedolar lebih awal, terendah sejak Julai 2015, dan hilang 7.6 peratus tahun 2015, membuatkan ia adalah nilai matawang terburuk di Asia setakat ini.[3]

Fitch Colquhoun menamakan imbangan perdagangan Malaysia semakin teruk dan kebimbangan mengenai keupayaan 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat pelaburan kerajaan, untuk memenuhi tanggungjawaban hutangnya, ketika ia memberi amaran penurunan pada bulan Mac. Eksport turun 9.1 peratus pada bulan Mei daripada setahun yang lalu, berikutan penurunan 8.8 peratus pada bulan April, menurut kaji selidik sebelum data oleh Bloomberg pada hari Jumaat.[4]

Ringgit menunjukkan susut nilai ketara[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2015, berikutan susut nilai teruk matawang ringgit, Perdanan Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaannya tidak akan mengambil langkah kawalan modal dan menambat ringgit dalam mengekang kejatuhan ringgit ketika ini. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia berkata, kejatuhan ringgit ketika ini adalah berikutan faktor luaran khususnya pengukuhan ketara dolar Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, paras ringgit ketika ini tidak mencerminkan asas ekonomi negara yang kukuh. Katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan langkah transformasi ekonomi. "Kerajaan tegas untuk tidak melaksanakan kawalan modal dan tambatan ringgit. "Asas ekonomi Malaysia kekal kukuh seperti mana dicerminkan dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015. "Struktur ekonomi terus kukuh, disokong sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menyumbang 76.6 peratus daripada KDNK."[5]

Najib menambah, daya tahan sistem kewangan kekal utuh dan pasaran kewangan domestik terus berfungsi dengan teratur dan aktiviti pengantaraan kewangan berfungsi dengan cekap, memenuhi keperluan kewangan dan pembiayaan ekonomi dalam negara. Beliau berkata, kerajaan komited dalam meneruskan langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai belanjawan seimbang menjelang tahun 2020. Najib berkata, kerajaannya juga tetap komited terhadap dasar mesra pasaran dan mengekalkan integriti serta keterbukaan pasaran.[6]

Pada 25 Ogos 2015, ringgit terus menunjukkan susut nilai yang ketara berbanding dolar Amerika berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia. Pada jam 5 petang, mata wang ringgit didagangkan pada harga RM 4.2475/0415 berbanding sedolar AS daripada RM 4.1800/1880 pada Jumaat lalu. Kejatuhan berterusan menjadi penanda aras kejatuhan minyak mentah dunia, West Texas Intermediate (WTI) dan Brent sekali lagi mencetuskan penjualan ringgit dan mata wang ekonomi pesat membangun lain yang berkait dengan eksport minyak mentah. Harga minyak terus mengalami penurunan dengan WTI mencecah paras terendah harian pada AS$39 setong manakala Brent menyusut serendah AS$44 setong. [7]

"Kebimbangan berterusan terhadap ekonomi China menjejaskan minat risiko global dan menambah kerisauan terhadap prospek permintaan minyak dunia. Keadaan ini memungkinkan bank-bank terus melepaskan pegangan mata wang tempatan berikutan aliran keluar portfolio, pengurus aset pula akan muncul pada bila-bila masa untuk mula mengumpul aset terlebih jual. [8]

Situasi kali ini dilihat berbeza berbanding semasa Krisis Kewangan Asia 1997. Walaupun ekonomi Malaysia dilihat pada asas yang kukuh, namun nilai dagangan ringgit telah mencecah paras terburuk iaitu RM 4.25 berbanding satu dolar Amerika untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang asing utama yang lain. Ketika Krisis Kewangan Asia 1997 paras ringgit jatuh dari RM 2.50 sedolar kepada RM 4.57 sedolar pada (23 Januari 1998). Kemudian, manatan Perdanan Menteri Malaysia, Mahathir Mohammad mengadakan kawalan ketat terhadap nilai ringgit dengan menambat ringgit ke nilai RM 3.80 sedolar Amerika Syarikat.

Untuk tahun 2015, ringgit terus turun berbanding sedolar Singapura kepada kadar RM 3.016 sehingga dagangan terakhir jam 4.00 petang, 24 Ogos 2015.[9] Ia rendah berbanding yen kepada RM 3.5295/5390 daripada RM 3.3981/4060. Unit tempatan juga menyusut berbanding sepound sterling kepada RM 6.6876/7042 daripada RM6.5672/5814 dan rendah berbanding seeuro kepada RM 4.8826/8950 daripada RM 4.7033/7132 pada Jumaat.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chew, E. (2015). Malaysian Ringgit Falls to 10-Year Low on Fitch Review, Greece. Bloomberg.com. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-06-29/malaysian-ringgit-falls-to-10-year-low-on-fitch-review-greece
  2. ^ Chew, E. (2015). Malaysian Ringgit Falls to 10-Year Low on Fitch Review, Greece. Bloomberg.com. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-06-29/malaysian-ringgit-falls-to-10-year-low-on-fitch-review-greece
  3. ^ Chew, E. (2015). Malaysian Ringgit Falls to 10-Year Low on Fitch Review, Greece. Bloomberg.com. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-06-29/malaysian-ringgit-falls-to-10-year-low-on-fitch-review-greece
  4. ^ Chew, E. (2015). Malaysian Ringgit Falls to 10-Year Low on Fitch Review, Greece. Bloomberg.com. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-06-29/malaysian-ringgit-falls-to-10-year-low-on-fitch-review-greece
  5. ^ A. Aziz, M. (2015). Kerajaan tidak akan laksana kawalan modal, tambat ringgit - Najib. BH Online. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bharian.com.my/node/76040
  6. ^ A. Aziz, M. (2015). Kerajaan tidak akan laksana kawalan modal, tambat ringgit - Najib. BH Online. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bharian.com.my/node/76040
  7. ^ BH Online,. (2015). Ringgit terus turun, 4.2475 berbanding AS$1. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bharian.com.my/node/77017
  8. ^ BH Online,. (2015). Ringgit terus turun, 4.2475 berbanding AS$1. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bharian.com.my/node/77017
  9. ^ http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=SGD&To=MYR
  10. ^ BH Online,. (2015). Ringgit terus turun, 4.2475 berbanding AS$1. Retrieved 24 August 2015, from http://www.bharian.com.my/node/77017