Yen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Duit syiling Jepun

Yen merupakan unit mata wang yang digunakan di Jepun dan disebut dalam bahasa Jepun sebagai "en". Simbol yen dalam huruf latin adalah ¥ dan Jepun sebagai 円.

Yen diperkenalkan oleh kerajaan Meiji (Meiji IV) bagi menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan sejak Zaman Edo. Akta Mata wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen: (1, 圓), sen (1/100, 錢), dan rin (1/1000, 厘), dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. (Unit sen dan rin dikeluarkan dari peredaran pada 1954.) Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 troy auns (26.956 g) perak dan kadar ini masih berkuatkuasa hingga kini.

Perkataan 'yen' pada asalnya ditulis sama dengan perkataan 'yuan', untuk unit mata wang China: Yuan (圓 pinyin yuan2). Kini, perkataan 'yen' ditulis dengan cara huruf yang disenangkan (simplified characters): (円) dan bukan (cf. 元).

Duit-duit syiling dan kertas yang berada di peredaran adalah seperti berikut: duit syiling 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, dan 500 yen. Duit kertas adalah 1000 yen, 2000 yen, 5000 yen dan 10000 yen.

Pada 21 Oktober 2011, rekod tinggi Yen pada 75.78 JPY terhadap 1 USD.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Risk Rally Pummels Dollar, Yen Hits Record High