Prinsip Fisher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Prinsip Fisher ialah keterangan tentang mengapa nisbah jantina bagi kebanyakan spesies adalah lebih kurang 1:1. Ia digariskan oleh Ronald Fisher dalam buku yang terkenal, The Genetical Theory of Natural Selection [1] ("Teori Genetik Pemilihan Semula Jadi" yang salah dianggap sebagai karya Fisher yang asli),[2] yang diterbitkan pada 1930. Bagaimanapun, A. W. F. Edwards mengomen bahawa alasan yang dikemukakan oleh Fisher "mungkin merupakan perdebatan yang paling terkenal dalam bidang biologi evolusi".[2][3] Khususnya, Fisher mendebatkan daripada segi perbelanjaan ibu bapa dan meramalkan bahawa perbelanjaan tersebut harus sama bagi kedua-dua jantina. Nisbah jantina sebanyak 1:1 justera dikenali sebagai "Fisherian", dan yang bukan dikenali sebagai "non-Fisherian" (bukan Fisher) atau "luar biasa". Keadaan "luar biasa" itu berlaku kerana spesies tersebut menyimpang daripada andaian yang dibuat dalam model Fisher.[4]

Keterangan asas[sunting | sunting sumber]

Pada 1967, W.D. Hamilton memberikan keterangan asas yang berikut dalam kertas kerjanya, "Extraordinary sex ratios" [4] ("Nisbah jantina luar biasa"), bersandarkan kesudahan bahawa kos untuk melahirkan anak lelaki dan anak perempuan adalah sama jumlahnya:

  1. Andaikanlah kelahiran anak lelaki kurang biasa, berbanding dengan kelahiran anak perempuan.
  2. Seorang anak lelaki memiliki lebih banyak peluang untuk berpasangan, berbanding dengan anak perempuan dan oleh itu, boleh mengharapkan lebih banyak anak.
  3. Justera, ibu bapa yang mudah melahirkan anak lelaki daripada segi genetik cenderung mempunyai lebih banyak cucu pada puratanya.
  4. Lantaran, gen yang bercendurungan melahirkan anak lelaki tersebar, dengan kelahiran anak lelaki menjadi lebih biasa.
  5. Apabila nisbah jantina 1:1 dicapai, kelebihan yang dikaitkan dengan kelahiran anak lelaki hilang.
  6. Hujah yang sama juga benar jika perkataan "perempuan" di atas digantikan dengan perkataan "lelaki" dan sebaliknya. Justera, 1:1 merupakan nisbah keseimbangan.

Dalam bahasa moden, nisbah 1:1 dikenali sebagai "strategi stabil secara evolusi" (ESS).[5]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Sebagai perdebatan yang "mungkin merupakan perdebatan yang paling terkenal dalam bidang biologi evolusi",[2], prinsip Fisher ialah perkara pokok buku sains popular tentang evolusi. Misalnya, lihat:

Bagi mereka yang ingin membaca pengolahan yang lebih lanjut, lihat buku 2002, Sex Ratios: Concepts and Research Methods, yang disunting oleh Ian C.W. Hardy, (bab 1 dan 2 oleh Ido Pen dan Franz J. Weissing.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fisher, R.A. 1930 The Genetical Theory of Natural Selection, Clarendon Press, Oxford
  2. 2.0 2.1 2.2 Edwards, A.W.F. 1998 Natural Selection and the Sex Ratio: Fisher's Sources American Naturalist 151: 564-569
  3. Mungkin kecuali perdebatan Charles Darwin yang paling penting kepada teori evolusi.
  4. 4.0 4.1 Hamilton, W.D. 1967 Extraordinary sex ratios Science 156: 477-488
  5. Maynard Smith, J & Price, G.R. 1973 The logic of animal conflict Nature 246: 15-18