Program nuklear Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Program nuklear Iran dilancarkan pada era 1950-an dengan bantuan Amerika Syarikat sebagai sebahagian program Atoms for Peace.[1] Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran membubarkan program ini untuk seketika. Dengan sokongan yang rapuh dari negara-negara barat, Iran menghidupkan semula program nuklearnya. Negara Iran buat masa ini mempunyai beberapa makmal penyelidikan nuklear, dua buah lombong uranium, sebuah reaktor penyelidikan nuklear dan tiga buah loji pengayaan uranium.

Iran mengumumkan bahawa program nuklear mereka adalah untuk menjana tenaga elektrik,[2] tetapi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendakwa Iran cuba membangunkan senjata nuklear. Namun begitu, pegawai-pegawai kerajaan Iran menyangkal dakwaan ini. Loji kuasa nuklear pertama Iran yang telah lama tergendala, Bushehr I, dijangka akan mula beroperasi pada musim panas 2010.[3]

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Sekatan PBB [sunting]

Isu nuklear Iran mula dibincangkan dalam Majlis Keselamatan PBB pada Mac 2006. Lalu pada Julai tahun yang sama Resolusi 1696 Majlis Keselamatan PBB dikeluarkan, mendesak Iran untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya.[4]

Kuasa-kuasa dunia kemudian bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap Iran kerana keengganan mereka untuk memberhentikan program nuklearnya secara sukarela. Pada 23 Disember 2006, Majlis Keselamatan PBB (MKPBB) meluluskan Resolusi 1737, yang mengharamkan sebarang pembekalan bahan-bahan atau teknologi nuklear kepada Iran. Resolusi itu juga turut menyatakan jika Iran gagal menghentikan program pengayaan uraniumnya, Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan bukan ketenteraan lain ke atas Iran.[5]

Dengan program nuklear Iran masih berterusan, pada Mac 2007 MKPBB mengundi memperluas ruang lingkup sekatan melalui Resolusi 1747. Ia menghalang semua eksport senjata kepada Iran, membekukan aset dan menghadkan perjalanan orang yang dianggap terlibat dengan program nuklear.[4]

Setahun kemudian, dalam Resolusi 1803 pada Mac 2008, MKPBB sekali lagi memperluas skop sekatan untuk meliputi institusi kewangan dan barangan dwi-kegunaan yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan nuklear atau peluru berpandu.[6]

Pertukaran uranium [sunting]

Pada 17 Mei 2010, Kementerian Luar Iran, Brazil dan Turki mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pertukaran uranium diperkaya rendah Iran untuk bahan api siap diperkaya bagi Reaktor Penyelidikan Teheran, suatu cadangan yang akan dimajukan secara rasmi kepada IAEA dalam tempoh seminggu.[7]

Mengikut analisis awal usul ini dengan sendirinya sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan isu mengawal kemungkinan program senjata nuklear Iran tetapi ia mungkin akan menjejaskan usaha sekatan pusingan ke-4 untuk memaksa Iran mengikuti tindakan lain.[8] Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya masih berusaha mengenakan sekatan tambahan kepada Iran,[8][9] dan telah mengedarkan teks cadangan sekatan terbaru mereka. Brazil dan Turki, ahli sementara MKPBB, menyatakan rasa kecewa atas cadangan sekatan itu.[10]

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]