Projek Memikat Suami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Projek Memikat Suami
GenreDrama, romantik, komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi dari novel Projek Memikat Suami dari Hanina Abdullah.
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Emma Maembong
Aiman Hakim Ridza
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran48 minit
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal23 Disember 2013 – 17 Mac 2014
Kronologi
Rancangan berkaitan
Isteri Separuh Masa

Projek Memikat Suami ialah sebuah siri televisyen komedi romantik Malaysia 2013 yang bersiaran di Astro Ria bermula 23 Disember 2013 hingga 17 Mac 2014 diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Hanina Abdullah. Ia dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini, "Buatmu Cinta" dinyanyikan oleh Aiman Hakim Ridza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]