Projek pengantian kapal selam Kelas Collins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Projek pengantian kapal selam Kelas Collins adalah merupakan satu usaha oleh Tentera Laut Diraja Australia atau Royal Australian Navy (RAN) bagi mengantikan enam buah kapal selam Kelas-Collins dengan 12 buah kapal selam baru yang direka dan dibina oleh Australia pada tahun 2025. Projek ini dianggarkan akan menelan kos sehingga $A25 bilion, satu projek perolehan termahal yang pernah dikendalikan oleh kerajaan Australia.

Pada bulan Disember 2007, Menteri Pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon, telah memberikuasa kepada RAN bagi memulakan perancangan projek. Sebuah pejabat projek telah diwujudkan pada bulan Oktober 2008 dan projek ini telah diberi designasi sebagai SEA 1000. Di dalam Kertas Putih Pertahanan 2009, kerajaan Australia mengesahkan niat mereka untuk menggandakan armada kapal selamnya kepada 12 buah bagi mengimbangi peningkatan jumlah kapal selam di kawasan Australia.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.defence.gov.au/whitepaper/ Australian Government Defence White Paper 2009 page: 70

Rujukan[sunting | sunting sumber]