Prosodi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang linguistik, prosodi, daripada ungkapan Yunani προσῳδία, prosōidía, ("lagu yang dinyanyikan mengikut muzik, sebutan suku kata") ialah rentak, stres dan intonasi pertuturan. Prosodi dapat menbayangkan beberapa sifat penutur ataupun ujaran: keadaan emosi penutur; bentuk ujaran (penyataan, soalan, atau perintah); kehadiran ironi atau sindiran (atau "sarkasme"); penekanan; kontras, dan fokus; ataupun unsur-unsur bahasa yang mungkin tidak dikodkan dalam nahu ataupun pilihan perbendaharaan kata.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.