Proton Ertiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Proton Ertiga merupakan model Proton jenis MPV segmen B yang dilancarkan pada 24 November 2016 [1]. Pengeluaran terakhir Proton Ertiga ialah pada Mei 2019. Pengeluaran Proton Ertiga terhad kepada 23,000 unit kuota sahaja hasil perjanjian antara Proton Holdings dengan Suzuki Motor Corporation.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Proton Holdings dan Suzuki Motor Corporation menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dan licence agreement pada 15 Jun 2015 [2]. Hasil daripada perjanjian itu, Proton dibenarkan untuk rebadge model Suzuki Ertiga generasi pertama. Perjanjian ini merupakan perjanjian kali pertama dan terakhir di antara Proton dan Suzuki dan yang terakhir dalam mana-mana jenama automobil Jepun. Sebelum Proton Ertiga, Proton memeterai kerjasama dengan Mitsubishi Companies dan mengeluarkan model Proton Inspira (2010-2015) yang merupakan rebadge Mitsubishi Lancer generasi ke-10.

Suzuki Ertiga

Pesaing[sunting | sunting sumber]

Proton Ertiga ketika pengeluarannya bersaing dengan model Perodua Alza generasi pertama yang merupakan MPV Segmen B.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]