Pulau Daat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Daat merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan , sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Daat yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Daat, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Daat yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Wilayah Persekutuan Labuan pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Daat dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati suasana di yang sepi dan tenang.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pulau Daat merupakan Pulau yang terletak di negeri Wilayah Persekutuan. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Wilayah Persekutuan Labuan. Pulau Daat memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Pulau Daat mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maksud daat adalah jahat dalam bahasa Lundayeh.

Pembukaan[sunting | sunting sumber]

Fauna dan flora[sunting | sunting sumber]

Pulau Daat memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]