Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu masuk utama

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh[1] ialah sebuah pusat pemuliharaan dan pemeliharaan orangutan, yang terletak di Semenggoh, 24 km di sebelah selatan Kuching, ibu kota Sarawak, Malaysia.[2] Sekurang-kurangnya terdapat 27 ekor orangutan setengah liar yang dipelihara di sana,[2] yang waktu memberi makanannya ialah jam 9 pagi dan 3 petang.[1] Untuk melihat keindahan hutan, terdapat dua lokasi tinjau alam, iaitu Masing Trail dan Brook's Pool Trail.[2] Pemandu dapat disewa untuk para pelancong.[1] Pusat pemuliharaan ini dapat dicapai dengan bas atau teksi.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Simon Richmond (2010). Malaysia, Singapore & Brunei (ed. Berilustrasi). Lonely Planet. m/s. 428. ISBN 978-1-74104-887-2, 1741048877.
  2. ^ a b c d China Williams, Greg Bloom, Stuart Butler, Nick Ray, Simon Richmond, Daniel Robinson, Iain Stewart, Ryan Ver Berkmoes, Richard Waters (2012). Lonely Planet: Southeast Asia on a shoestring. Lonely Planet. ISBN 978-1-74321-316-2, 1743213166.CS1 maint: uses authors parameter (link)