Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orang utan.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hentar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada 1964.[1]

Kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Laurentius Ambu, tujuan utama pusat ini ialah membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semula jadi apabila masanya sesuai.

Pusat ini juga berfungsi menyelamat dan mengembalikan semula ke dalam hutan anak orang utan yang terpisah daripada ibunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]