Pusingan-U

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambarajah menunjukkan laluan pemandu yang melakukan pusingan-U pada jalan raya 2 hala biasa.

Pusingan-U merujuk kepada teknik pemanduan di mana pemandu melakukan pusingan 180 darjah bagi berpatah balik ke laluan bertentangan di jalan raya. Ia mendapat gelaran sedemikian disebabkan pergerakan yang menyerupai huruf U. Pusingan U tidak dibenarkan di beberapa kawasan tertentu seperti di selekoh dan di dalam terowong. Sesetengah lebuh raya menyediakan tempat khusus untuk melakukan pusingan U.

Jenis-jenis kawasan pusingan-U[sunting | sunting sumber]

  • Lorong laju ke lorong laju - Merupakan kawasan pusingan-U yang paling lazim serta paling mudah dibina, dengan hanya memerlukan bukaan pada pembahagi jalan. Kelemahan utamanya ialah ia tidak sesuai untuk kenderaan berat yang panjang serta kenderaan berkemungkinan perlu melintasi laluan kenderaan dari arah bertentangan.
  • Lorong laju ke lorong perlahan - Hampir serupa seperti kawasan pusingan-U jenis pertama tadi, tetapi satu lorong susur khas dibina di bahagian yang bertentangan bagi membolehkan kenderaan berat yang panjang melakukan pusingan-U. Seperti kawasan pusingan-U jenis lorong laju ke lorong laju, kenderaan mungkin perlu melintasi laluan kenderaan dari arah bertentangan.
  • Lorong perlahan ke lorong perlahan - Juga dikenali sebagai pusingan-U bertingkat, kawasan pusingan-U ini merupakan sebuah jejambat yang direka khas bagi tujuan pusingan-U, membolehkan semua jenis kenderaan melakukan pusingan-U tanpa perlu melintasi aliran trafik. Namun demikian, pusingan-U jenis ini lebih mahal daripada jenis kawasan pusingan-U yang lain